Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Ahoy


Di Prague, kami masih lagi menggunakan khidmat AirBnB untuk penginapan. Kali ni kami menginap di apartment milik Vincent di terletak di Benediktska. Dengan kos sebanyak RM430 untuk dua orang selama tiga malam. Okey la kan? Kami pula ambil bilik yang agak besar, yang sebenarnya boleh muatkan tiga orang. 

Kami tiba agak lewat ke apartment disebabkan awal pagi sampai di Prague dari Budapest dan belum sampai waktu untuk check in. Kami merayau la dulu, apa nak kesah. Beg semua simpan dalam locker je dulu.

NOTA
Hubungi tuan rumah sekiranya bercadang untuk check in lebih lewat. Wakil tuan rumah (Vita), bagitau yang dia sangat hargai effort kami inform dia untuk check in lewat, since ramai juga guest yang biarkan dia tertunggu-tunggu tak comfirm bila nak check in. 

Apartment tempat kami menginap ni bangunan lama. So dia punya lift sikit punya la ganas. Gedegang bunyi bila sampai ke bawah, siap melatah-latah Ella terperanjat. Lift pun kecik je, saya, Ella, Vita dan beg kami berdua terus sesak dalam lift.

Well, bilik kami memang besar dan luas. Ada satu single bed, dan satu queen size bed. Ada satu almari, satu coffee table, satu meja dan satu kerusi. Senang kata bilik memang luas dan sangat selesa untuk kami. 


Selain kami, tuan rumah juga menyewakan bilik-bilik lain kepada tetamu lain. Ada 2 lagi bilik yang telah dihuni. Tapi, rumah ni hanya ada satu bilik air sahaja. Makanya pandai-pandailah nak adjust masa dan rebut guna toilet.

pintu bilik air yang terbuka tu
bilik air dan tandas

So, dari pintu masuk bilik kami adalah yang pertama sekali, then bilik yang kedua, then bilik air, terus menghala ke dapur, letaknya satu meja yang menempatkan banyak booklet, pamplet dan map Prague so kita boleh ambil kalau perlu.

information table. ada pamplet dan map 

Ruang dapur agak sempit dan menempatkan meja kecil untuk kegunaan tetamu. Tapi kami lagi selesa kalau minum or makan dalam bilik je. Ada pelbagai jenis kopi, nescafe dan serbuk coklat di rak. Mungkin tinggalan dari tetamu-tetamu yang pernah menginap di sini. Macam biasa dah kalau rumah kongsi dengan tetamu lain, jangan la pulak angkut cerek masuk bilik kita okey?


Well di sini jugak kami sempat mendobi, tuan rumah memang baik hati bagi kami sabun dan tempat penyidai untuk di gunakan. Ops, bilik dobi bukan dalam rumah tapi di tingkat paling atas. Sharing basis dengan penghuni lain di situ! Sejuknya la hai nak keluar rumah lepas tu nak ke bilik dobi.

Pro
1) Ada lift untuk ke apartment
2) Bilik besar
3) Bilik air besar
4) Ada tempat untuk mendobi
5) Tuan rumah/wakil tuan rumah very attentive
6) Dekat dengan tram
7) Main bas station, Praha Florenc hanya 3 tram stop sahaja dengan tram dekat apartment
8) Boleh ambik tram dekat dengan rumah untuk ke Hlavni Nadrazi (main train station) untuk ambil airport express bas terus ke airport.


Contra
1) Perabot (katil, almari & meja) dah terlalu uzur. Katil pun macam nak roboh
2) Bilik tak telap bunyi, dengar aje orang sebelah bergosip dan bergelak ketawa. Mujur lain bahasa.
3) Heater on malam je. Time balik bilik hari still siang memang ler sejuk walaupun berselimut.
4) Peralatan dapur yang tak lengkap
5) Bilik air/toilet ada satu je, kena beratur guna dengan guest lain. Silap haribulan, guest lain asyik ketuk pintu bilik air sebab tak sabar nak guna toilet pffttt
6) Bilik dobi tingkat lain, sharing basis


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites