Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Penang Pening [part 3]


Lepas makan di Nasi Kandar Line Clear, kami bercadang ingin melawat ke Masjid Kapitan Keling. Bila tengok peta congak, tolak, tambah, rasanya lebih baik jalan kaki saja ke Masjid Kapitan. Masjid Kapitan Keling ini terletak di antara jalan Masjid Kapitan Keling (dulunya dikenali sebagai Pitt Road) dan Lebuh Buchingham. Berhampiran dengan Nasi Kandar Beratur.

Masjid ini telah di bina Syarikat India Timur pada tahun 1801 dan dinamakan bersempena nama Kapten Pedagang India Muslim iaitu Cauder Mydin Merican. Kapitan bermaksud kapten. Masjid ini merupakan masjid tertua di Georgetown. Saiz kawasan masjid ini telah dikecilkan berbanding dengan saiz asal ketika mula-mula pembinaanya dahulu.

Masjid Kapitan
sejarah masjid dilekatkan pada batu di bahagian luar masjid

Dari masjid yang bersejarah ini terus saja ke aktiviti yang berikutnya iaitu hunting for wall art. Wall art ni tidak la diletakkan sekelompok. Merata-rata dan bermacam-macam. Malah, selain dari wall art dalam bentuk lukisan berwarna, ada juga dibuat dari besi.

jangan cakap akak tak payung!

Kalau rasa tak larat nak jalan kaki mencari wall art, boleh juga menyewa basikal dari kedai-kedai basikal yang ada. Yang menariknya basikal pun ada bermacam-macam bentuk. Ada yang biasa untuk sorang naik, ada yang berdua kayuh, ada untuk bertiga, malah untuk empat orang pun ada! Sesuai untuk keluarga. Antara kedai yang menawarkan khidmat sewa basikal ini ialah:-

Chin Seng Leong Bike Shop
84, Armenian Street
10200 Georgetown, Penang

Bukan setakat menyewa basikal, kedai ini juga menyediakan pamplet yang menunjukkan kedudukan wall art untuk kita cari.

magic wall art ni kat sebelah kedai basikal tu.

So, jom tengok wall art mana yang berjaya saya jumpa (Tough betis uols, wall art punya pasal. Pheww)

Lebuh Armenian
Lebuh Armenian

Yang ni pula bertema kucing. Dah la tu, saya pun kebetulan pakai handbag kucing. Meooww.. 

Lebuh Armenian
Lebuh Armenian

Ni pulak bukan saja ada kucing, anjing pun ada. Part paling tak tahan tank tu warna pink. My favourite color!

Lebuh Victoria

Dalam gambar nampak la macam kita aje la yang datang bergambar kat situ, padahal ada 15 orang tengah tunggu turn ready nak terjah.


So, makesure sentiasa dalam keadaan bersedia nak lari ambik posisi posing dan partner kita pun kena ready nak ambik gambar

Canon Road

Macam orang lain juga la, wall art yang di cari mestilah yang famous, yang dah ramai orang bergambar di situ. Tapi, sambil mencari tu la terjumpa dengan macam-macam gambar yang lain.


Canon Road
Step by step Lane

Jika diperhatikan, kedai-kedai di sini pun dihias kreatif sekali.


Lebuh Armenian
unik kan basikal jadi burung hantu?
kedai poskad

Bila tengok gambar sumer nampak menarik dan cantik belaka. Tak tau masa mencari tu bukan main panas, penat, berpeluh bagai. Siap beli ais kepal lagi.


Haaa ni pula wire art yang ditemui sepanjang perjalanan

Campbell Street
Chulia Street
Acheen Street
Chulia Street
Victoria Street
Canon Street
Chulia Street

Pencarian wall art untuk hari ni berakhir di Weld Quay. Macam nak pengsan rasa penat gila. Siapa suruh cari penyakit kan?

petang di Weld Quay



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites