Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Hi Prince Mateen


Sis berduet kembali tahun ini dengan travel partner sis ke Brunei. Dua-dua belum pernah dapat cop Brunei makanya cuti tahun baru cina kami setuju nak ke sini. Dua-dua tak buat itinerary, bila check sana-sini semuanya lebih kurang sama je dengan yang boleh di google. Lets! 


Perkara pertama yang kami berdua kagum bila tiba di Brunei ialah pentadbiran di sini menguatkuasakan tulisan JAWI! Kagum sungguh. Apa lagi kami berdua pun sibuk baca papan-papan tanda pada premis perniagaan.

biji kopi & daun teh!

Based on pembacaan yang ala-ala, dan pertanyaan pada kawan-kawan yang pernah datang ke Brunei, ramai yang mengatakan tiada apa sangat yang boleh dibuat di negara ini. Well, we will see. Apa yang pasti negara Brunei sangat bersih dan tenang, rasa selamat dan orang-orangnya pun peramah.

Kami di sini selama 4 hari 3 malam. Agak lama sebenarnya, but trip kami jadi santai dan tak rushing dalam nak explore tempat-tempat menarik di Brunei. Jom la tengok apa yang kami buat di negara Brunei Darussalam ni.


Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien 


Walking distance dari hotel kami, so lepas check in terus je kami ke sini. Masjid yang menjadi mercu tanda negara Brunei. Masjid ni dinamakan sempena nama ayahanda Sultan Brunei sekarang. Yang unik tentang masjid ni ialah kolam buatannya. Jadinya kita kena lalui jambatan untuk ke masjid, kalau ikut tepi la.

NOTA
Kubah utama disadur dengan emas tulen!

Bahagian dalam masjid. ruang solat lelaki
Lagi satu, di kolam tu juga diletakkan dengan replika bahtera Sultan Bolkiah yang bernama Bahtera Mahligai untuk memperingati 1400 tahun turunnya Quran ke dunia ini. Bahtera ini juga digunakan ketika pertandingan tilawah Al-Quran. Kita pun boleh ke bahtera ni melalui laluan yang dibina dari masjid. 



Kompleks Bangunan Yayasan Hassanul Bolkiah


Tak jauh dari Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, kompleks ini digunakan untuk tujuan perniagaan. Ada shopping mall dan di datarannya tempat warga tempatan bersantai, beriadah dan menjalankan aktiviti.



Mercu Dirgahayu 60


Mercu tanda sempena sambutan ulang tahun kelahiran Sultan Brunei yang ke-60. Letaknya di tepi jeti untuk ke Kampung Ayer. Seberang jalan Yayasan Hassanul Bolkiah.


Jollibee


Since hari pertama kami tak ambil kereta, makanya makan aje lah di mana tempat yang terdekat. Jollibee yang ini di dalam bangunan Yayasan Hassanul Bolkiah. Rasa ayamnya lebih kurang dengan Marry Brown. Actually agak banyak cawangan Jollibee yang kami jumpa di Brunei.



Pintu gerbang sempena perpuspaan


Pintu Gerbang sempena Istiadat Perpuspaan Sultan Brunei ke-29 pada 1 Ogos 1968 telah disembahkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusuf. Pintu gerbang ni letaknya berdekatan dengan masjid dan yayasan.  


Dekat dengan pintu gerbang ni ada kawasan orang berjual makanan dan minuman, main bubble, boleh sewa basikal, kereta kecik untuk beriadah di sini. Saya beli hati buyah. Paru yang dicucuk pada lidi macam satey, moist aje dengan kuah dia. Sedap! Kalau datang Brunei mesti cuba tau.

NOTA
Beberapa kali beli hati buyah dari lain-lain gerai, yang dekat pintu gerbang ni sedap pada citarasa saya. 

hati buyah a.k.a paru


Taman Mahkota Jubli Emas 


Tak jauh pun dari area pintu gerbang, area sewa basikal semua tu. Taman ni ada jambatan yang boleh merentas Sungai Kedayan. Pada dinding jambatan tu tertera kisah dan asal usul Brunei.  


Jangan lupa naik ke sebelah atas jambatan untuk menikmati pemandangan taman dan masjid. Both waktu siang dan malam sangat cantik viewnya.



Jambatan pejalan kaki di Sungai Kendayan Eco-corridor

Jambatan yang merentasi Sungai Kedayan dari area hotel kami turun ke Taman Mahkota Jubli Emas. Replika bulan sabit atas jambatan ni sangat cantik ye bila waktu malam. Lampunya bertukar-tukar warna. kalau di sebelah siangnya pula pemandangan sungai terbentang luas hingga boleh nampak Jambatan Sungai Kebun.



My Town Eating House

Kedai makan ni tak jauh dengan hotel tempat kami menginap. Walking distant je. Cumanya kami tetap la jugak pergi naik kereta kan. Mujur senang dapat parking.



Ground Floor, 
The Crown Princess Complex, 
KM2.5, Jalan Tutong
BA1779, Brunei

+6732241880

NOTA
Buka dari pukul 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. Hari Jumaat akan tutup dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang untuk solat Jumaat.

nak makan apa ye?

Konsep kedai ni kena order dulu, bayar then baru dia orang hantar food ke meja kita. Yang paling uniknya menu dicetak dalam bentuk surat khabar. Menarik. Suasana dalam kedai ni pun menarik. Old school gitu. 


Saya pilih menu yang simple je. Kopi o dengan kuey teow goreng. Sedap la pulak kuey teownya. Lepas tu pau telur masin. Dah lama teringin tapi tak de jual dekat tempat saya tinggal. Ni la first time merasa. Sedap rupanya.



Tamu Kianggeh

Settle breakfast kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Tamu Kianggeh yang terletak di tepi Sungai Kianggeh. Maybe sebab kami datang masa public holiday ramai orang yang balik kampung, makanya Tamu Kianggeh sangat lengang. Hanya ada peniaga yang berada di bawah bangunan yang disediakan.

Kebanyakan peniaga berniaga barangan keperluan harian seperti sayuran, buah dan kuih muih. Ada juga yang menjual bedak 7 warna dan peralatan untuk wanita lepas bersalin seperti barut dan pilis. Kami sempat beli kuih selurut dan tapai nasi untuk bekalan ke next destinasi.  

kuih selurut


Kg. Ayer


Sempat juga kami ke pinggir Sungai Brunei menyaksikan pemandangan Kampung Ayer dari darat. Asalnya zaman dulukala memang penduduk Brunei semuanya tinggal di Kampung Ayer.

NOTA
1) Boleh naik bot untuk menikmati pemandangan Kampung Ayer lebih dekat.
2) Boleh cari tempat menginap di Kampung Ayer

berlatarbelakang Sekolah Rendah Kampung Ayer


Jambatan Sungai Kebun

Jambatan ni nama asalnya adalah Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Tapi jambatan ni lebih popular dengan nama Jambatan Sungai Kebun memandangkan jambatan ni menghubungkan Brunei Bandar dengan Sungai Kebun. Jambatan ni dirasmikan pada Oktober 2017.

berlatarbelakangkan Jambatan Sg. Kebun


Taman Arkeologi Kota Batu


Dari jambatan terus je kami menuju ke area Kota Batu dan singgah Taman Arkeologi. Merupakan tapak arkeologi pertama di negara ini yang diwartakan dan di sini juga ditemui batu nesan, tembikar, wang syiling lama dan pelbagai lagi.



Makam Sultan Bolkiah V

Dari Taman Arkeologi dah nampak makam ni, dan nak ke makam ni kena melalui satu kawasan perkuburan lama. Eh, jalan kaki je tau. Makam, perkuburan lama dan tapak arkeologi ni dalam satu kawasan.


Makam ni sangat cantik sesuai dengan Sultan Bolkiah V sendiri yang sangat tersohor dalam kejayaannya memajukan negara Brunei. Suasana di sini sangat tenang, damai. Persekitaran yang bersih dan terjaga dengan baik.



Malay Technology Museum


Destinasi seterusnya ialah Malay Technology Museum. Tak jauh pun dari makam tadi. Tiada bayaran yang dikenakan hanya perlu rekod nama sahaja. Beg boleh disimpan diloker yang disediakan. Muzium ni berkisar tentang kehidupan masyarakat melayu di Brunei dari pelbagai sudut.



Muzium Maritim Brunei Darussalam


Bersebelahan dengan Malay Technology Museum letaknya Muzium Maritim ni. Juga tiada bayaran masuk dikenakan. Hanya perlu rekod nama sahaja. Tapi di sini tidak dibenarkan ambil gambar melainkan di kawasan foyer sahaja. Beg perlu disimpan dalam loker yang disediakan.

ikan paus yang ditemui dipersisir pantai negara ini

Yang paling menarik di muzium ni bagi saya ialah di zon "the Brunei Shipwreck". Bahagian ni tentang kapal karam dalam perairan Brunei. Asal usul kapal, barang-barang yang mereka bawa dan lain-lain. Yang paling menakjubkan ialah zon ni ada replika kapal yang tenggelam tu. 



Royal Regalia

kuih selurut berlatarbelakang bangunan Royal Regalia

Dari area Kota Batu kami balik semula ke Brunei Bandar untuk ke Royal Regalia. Muzium alat kebesaran di Raja Brunei. Sama juga di sini tiada bayaran dikenakan, hanya perlu rekodkan nama dan dilarang untuk ambil gambar melainkan di kawasan foyer depan.

tandu

Kami spend masa agak lama di sini. Selain kawasan pameran yang luas dan banyak ruang bilik serta bertingkat-tingkat yang kadang-kadang kami berdua jadi confuse dah masuk ke belum satu-satu ruang tu, agak ralit sebenarnya melihat sendiri koleksi hadiah-hadiah yang baginda Sultan terima, sejarahnya sejak dari kecil serta kejayaan yang berjaya diperolehi sepanjang memerintah Brunei.




Nasi Katok Lily


Dari Royal Regalia hari dah tengahari dan sangat panas. Haus dan lapar kami decide untuk makan tengahari terus. Cari nasi katok. Kami nak try Nasi Katok Lily yang dikatakan antara yang tersedap dan must try.


Nasi katok ni sangat simple. Ada nasi, ayam dan sambal. Harganya? BND1 je. Kedai Nasi Katok Lily ni pun sangatlah simplenya. Memang jual nasi katok semata. Air? Dah bancuh siap-siap dalam botol letak dalam ice box. Ada pilihan teh, teh hijau, milo dan air buah beberapa jenis. Saya ambik teh, Ella pilih teh hijau. Satu Botol BND1. Kiranya kos makan tengahari sampai kenyang ni cuma BND2 satu kepala. Apa yang istimewanya Nasi Katok Lily ni ialah sambalnya. Memang kick uols! Kami berdua macam sedut je makan nasi kat sini, sekelip mata habis haaaa sedap plus kelaparan.



Empire Hotel & Resort


Orang kata tak sah datang ke Brunei kalau tak singgah ke Empire Hotel dan Resort. Ye ke? Makanya kami datang la juga. Well, ini adalah resort terbesar dan termewah di Brunei.

berkayak dalam pool. kau hado?

Dah kau berposing bagai nak rak dekat luar sana yang panas berdenting kami sejukkan badan dengan aiskrim dari ZEST. Outlet pencuci mulut yang ada di hotel ni. Kami pilih mangga dengan coklat. Rasa aiskrim coklat dia memang kaw tak ingat. Melekat terus dekat tekak. Siapa suka coklat macam saya, highly recommend! Selain aiskrim ada juga dijual pelbagai jenis kek, sandwich dan salad serta minuman. Kami lepak santai di sini sampai cuaca agak redup.



Masjid Jamek' Asr Hassanil Bolkiah


Kami terus ke masjid ni dari Empire Hotel & Resort. Pada mata saya masjid ni lebih cantik dari Masjid Sultan Omar Ali' Saifuddein. Apa yang unik tentang masjid ni ialah ada 29 kubah yang berwarna keemasan.




Pasar Malam Gadong


Pulang berehat di hotel sebelum keluar semula ke Pasar Malam Gadong. Ada macam-macam barang yang dijual di sini dan kalau tujuan kita nak cari makan, ada BND5 pun dah boleh kenyang tau.

kek putih telur. sedap!!!! must try


Istana Nurul Iman


Kami memulakan hari ketiga dengan ke Istana Nurul Iman. Tak jauh pun dari hotel tempat kami menginap. Tak boleh masuk, tapi boleh la bergambar depan istana. 



Restoren Aminah Arif


Dari istana kami terus ke restoren ni walaupun sebenarnya menu ni agak heavy untuk kami makan sebelah pagi, tapi kalau tak datang pagi ni memang silap-silap kami tak mencuba langsung memandangkan kami nak ke Seria.

Set ambuyat di sini dihidangkan dengan daging urat tumis (sedap!), ikan goreng, pilihan sayur (kami pilih kangkung), sambal binjai (sedapnyaaa) dan ulam dengan sambal selain kanji tu sendiri. As for me tekak tidak la boleh terima sangat makan kanji tu, tapi lauk pauknya sedap, licin. Kanji tu je tak habis. By the way boleh je order nasi untuk makan dengan set ni, kalau tak mampu nak telan kanji tu.


Billionth Barrel Monument


BBM ni adalah mercu tanda yang dibina sebagai tanda pengeluaran tong minyak yang ke sebilion oleh Brunei. Letaknya betul-betul tepi laut. Menuju ke arah mercu tanda di kiri kanan diletakkan dengan plat-plat yang berkisar tentang penggalian minyak dan prosesnya.


Di bawah mercu tanda ini, ada satu plat yang menunjukkan kedudukan pelantar minyak pertama negara Brunei. 

punyala mewah minyak, pelantar pun boleh nampak dari tepi pantai


Nodding Donkey


Punya la banyak minyak area sini, boleh je pacak noddding donkey merata-rata je. Celah rumah orang pun boleh. Area sini memang kuat bau minyak. Nodding donkey ni alat untuk keluarkan minyak.


Oil & Gas Discovery Center


Dari tepi laut kami terus ke Oil and Gas Discovery Center yang tak jauh pun dari BBM. Haa...sinila satu-satunya yang kena bayar untuk masuk. Untuk bukan warganegara Brunei, kalau tak silap BND16. Actually di sini sangat informative dan menarik. Terutama untuk kanak-kanak. 



Universiti Brunei

On the way balik dari Seria sempat juga kami singgah masuk ke kawasan Universiti Brunei. Universiti yang ditubuhkan sejak tahun 1985 dan merupakan universiti terbesar dalam negara ini.

Chancellor's Hall

Piccolo Cafe

Kami terus balik ke bandar dan singgah di Piccolo Cafe untuk bersantai, berehat dan minum petang. Tak tahulah kalau kami tiba dah lewat petang sangat, koleksi kek semua dah habis. Makanya order nachos dengan onde-onde latte aje untuk minum petang.



Sapphira Cake House


Kami memulakan hari terakhir dengan mencari tempat makan. Makanya ke Sapphira Cake House la kami. Tak lepas peluang kami mencuba kek sebelum bungkus untuk bawa pulang ke Malaysia. Ada kek batik, kek lapis, kek bermacam jenis kek. Paling suka kek mata kucing, kek lapis cempedak, kek batik pandan dengan kek batik durian. Kek batik Brunei ni lain tekstur dengan kek batik Malaysia

kek pandan
kek batik pandan/coklat & kek batik cappuchino/coklat. sedap!!!!
kek lapis
ada banyak pilihan

Bukan saja ada jual kek, tapi seleksi makanan berat dan pelbagai jenis minuman pun ada. Since masih awal pagi, kami pilih nasi lemak rendang ayam dan nasi lemak rendang daging.



Istana Darul Salam


Dah siap sarapan kami terus mencari Istana Darul Salam. Istana tempat kelahiran sultan Brunei sekarang, almarhum bapanya, Begawan yang tinggal di sini dulu. Begawan adalah nick name Sultan Omar Ali Saifuddien. Tak boleh masuk walaupun terjaga rapi. Iols pun melukut tepi pagar je. This palace remind me of movie Musang Berjanggut. Macam ini la style pun istana melayu dulu kala kan?



Makam Raja Ayang


Makam ni saya kira hidden gem sangat. Kami lalu tepi makam ni tak tau berapa kali kot sebab tepi traffic light je tapi tak perasan pun ini ialah makam. Cross jalan sebelah kanan ialah Pejabat Pos.


Kisahnya Raja Ayang ni salah seorang dari keluarga diRaja yang sangat cantik tapi melakukan perbuatan sumbang mahram dengan adik beradik sendiri. Beliau telah dihukum dengan tinggal dalam sebuah kubu di sini dengan sedikit bekalan makanan (dulu penduduk Brunei tinggal di Kampung Ayer sahaja, daratan tidak dihuni). Untuk mengetahui samada Raja Ayang masih hidup atau tidak adalah berpandu pada asap yang keluar (memasak) 



Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien 

Di seberang jalan sebelah depan Makam Raja Ayang letaknya pula taman ini. Sis tak mampu nak jalan ke sini dah sebab cuaca terlampau panas. Di sini kebanyakan acara-acara besar akan dijalankan.



The Mall Gadong

Bagi menyejukkan badan, kami ke The Mall yang terletak di Gadong. The Mall adalah shopping Mall terbesar di Brunei. Tapi jangan la banding dengan KLCC atau Midvalley. Dari sini kami terus ke airport dan pulangkan kenderaan kami.



HBTT Car Rental Brunei

Sepanjang di Brunei kami sewa kereta dari HBBT Car Rental. Boleh pm di FB Page atau hubungi haji +673 874 9556. Harga pun sangat berpatutan dan kereta yang teramat sangat bersih. Boleh request dengan haji terus hantar ke airport je kereta so korang tak payah ambik teksi untuk ke hotel/penginapan dari airport masa mula sampai tu.





NOTA
1) Sewa kereta adalah yang pilihan terbaik bagi yang ingin meneroka Brunei berbanding dengan teksi yang agak mahal

2) Tak semua kedai makan adalah halal

3) Matawang mereka adalah Dollar Brunei yang disebut sebagai Ringgit (bila mereka sebut harga 1 Ringgit bermakna 1 dollar Brunei bukan 1RM)

4) 3 hari 2 malam memadai untuk bercuti di Brunei

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites