Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Penang Pening [part 5]


Hari yang seterusnya, cadang nak ke Bukit Bendera. Dari jauh lagi jalan dah start jem. Sampai sana ya ampun, manusia ramai sungguh. Cari juga la parking. Try nak beli hmmm macam ular kena palu orang beratur beli tiket dan beratur nak naik. Sudahnya batalkan je plan. Next time la. 


di Bukit Bendera

Tempat yang seterusnya ialah Rumah P.Ramlee. Tapi dalam perjalanan singgah sekejap depan Penang Free School. Sebuah sekolah yang tertua yang direkodkan di Malaysia yang juga sekolah inggeris pertengahan yang pertama di Asia Tenggara. Haaa mampu pergi merambu singgah sekolah? Dulu belajar dari buku sejarah. Sekarang tengok sendiri.

Pintu gerbang Penang Free School

Rumah P.Ramlee terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, 10460 Pulau Pinang. Rumah asal sebenarnya terletak di Kg. Jawa tetapi telah di pindahkan ke sini oleh Arkib Negara. Waktu lawatan ialah dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang. Pada hari jumaat pula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari dan dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang.


depan rumah
pandangan sisi

Dibahagian bawah rumah ini ada diletakkan basikal milik P.Ramlee. Menurut catatan di situ, P.Ramlee dengan sengaja memutuskan sebelah brek basikal supaya dia dapat berkayuh dan memainkan irama lagu kegemarannya menggunakan brek yang putus. Orang kalau dah kreatif, macam-macam gaya.


basikal yang pernah digunakan oleh P.Ramlee

Di belakang rumah pula, kelihatan tandas kecil (orang zaman dulu panggil jamban). Sama seperti rumah melayu lama, tandas terletak di luar rumah

beratur nak guna jamban uols hehehe hiasan aje ni

Jom kita tengok macam mana keadaan dalam rumah P.Ramle.

ruang tamu
satu-satunya bilik
dapur

Tapi yang paling menarik perhatian saya haruslah salinan kad pengenalan P.Ramlee.

sebenarnya ni kad pengenalan baru dia 

Dari rumah P.Ramlee, gerak pula ke Padang Kota. Perkara pertama yang dibuat ialah mencari mee sotong Hameed Pata yang terkenal sangat tu sebelum mencuci mata sekitar kawasan Padang Kota. Kelihatan belon panas yang di bentuk dari lukisan kanak-kanak bergantungan cantik.

cantik sangat 
ni dah macam kat oversea plak rasa

Fort Cornwallis juga terletak di Padang Kota. Kubu berbentuk bintang ini dibina pada kurun ke 18.

pintu masuk 
sisi tepi kota

Bayaran masuk ke fort ini hanyalah RM3 untuk dewasa (kalau tak salah ingatan la) dan kita akan diberikan pelekat untuk dilekatkan pada pergelangan tangan. Masuk je dalam fort tersergam patung Sir Francis Light. Siap berkalung bunga lagi. 

Sir Francis Light

Di sebelah kanan kelihatan bangunan memanjang yang punyai ruang-ruang tersendiri. Mungkin untuk penyimpanan senjata api? Ketika meninjau ruang tersebut, ianya kosong. Dan kelihatannya seperti pernah dijadikan bilik pameran yang bahan pamerannya telah dipindahkan barangkali ke tempat yang lebih sesuai.

tak tau tempat apa ni
mungkin tempat pameran dulu-dulu

Naik ke bahagian atas kanan fort, boleh nampak Menara Jam. Beberapa tempat duduk berpayung diletakkan bagi merehatkan diri.

Menara Jam

Di atas juga di bahagian sebelah kiri ada diletakkan patung untuk bergambar kenang-kenangan.

budak kecik suka la kot bergambar kat sini

Meriam Seri Rampai diletakkan di penjuru kota menghala ke laut. Meriam ini pernah tenggelam dalam laut ketika kapal yang membawanya dimusnahkan.

Kononnya meriam ini telah timbul dari laut dengan sendirinya setelah dijampi oleh seorang anak raja yang mengikat benang pada jarinya dan memerintahkan meriam ini muncul.

Lagenda dahulu juga menyebut wanita yang mandul akan beroleh anak dengan meletakkan bunga pada laras meriam dan berdoa.

Meriam Seri Rampai
meriam berlatarbelakangkan rumah api

Dari Padang Kota kami menuju ke Batu Ferengghi. Tempat yang dituju ialah Hard Rock Cafe/Hotel. Since saya memang dah ada baju dan fridge magnet HRC Penang saya tidak la beli apa-apa di sini.

have a rocking day!
HRC
HRH

Dalam hotel ni, seperti HRH yang lain dipamerkan barang-barang juga alat muzik milik artis-artis terkenal dunia.

Ron Wood
The Beattles

Puas membelek sana sini, letih, panas pun ye, sudahnya masuk HRC order air dan nachos. Konon nak alas perut je. Rupanya kenyang sampai malam. Besar portion nachosnya. Dari Ferengghi kami kami pulang semula ke Georgetown a.k.a Tanjung. Mencari Love Lane.

bukan ini yang dicari

Love Lane merupakan satu lorong kawasan perniagaan yang mana sekarang banyak cafe-cafe unik. Malah Love Lane juga terkenal di kalangan begpackers kerana kawasan ini menawarkan banyak pilihan hostel.

Love Lane of Chulia Street
antara cafe yang ada

Di Love Lane kami berhenti rehat membasahkan tekak di Selfie Coffee. Kedai kopi yang menawarkan kopi bercetak muka kita sendiri. Selesai minum kami berjalan-jalan di lorong-lorong berdekatan dan berjumpa dengan beberapa lagi wall art dan wire art. Tapi bukan main bahaya nak ambik gambar. Tengah posing kereta nak lalu. Tengah nak snap gambar lori pulak hon. Sabar aje la. Since perut still kenyang makan nachos, balik terus ke hotel.


Steward Lane

Keesokkan harinya kami mencari sarapan di Astaka Taman Tun Sardon, Bayan Lepas. Tapi disebabkan kami keluar lambat banyak makanan dah habis. Dari situ kami mencari Jeruk Madu Pak Ali yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Nasib baik tak jauh sangat. Borong sakan la apa lagi. Keistimewaan jeruk Pak Ali ni kerana ianya tidak terlalu berasid.


Jeruk Madu Pak Ali
No 24, Jalan Pantai Jerjak
Pantai Jerjak
11700 Gelugor, Penang

waktu operasi : setiap hari 8.30 pagi-7.30 malam




Perusahaan ini sekarang telah diambil alih oleh anak Pak Ali. Pekerja bahagian pembungkusan sangat peramah dan sangat membantu kita memilih jeruk. Sample jeruk juga disediakan untuk kita rasa. 


jambatan kedua Pulau Pinang

Dari kedai jeruk, terus sahaja ke Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Jambatan ini lebih panjang, lebih sunyi malah berlengkok-lengkok. Pemandangan sepanjang melalui jambatan ini sangat indah. 
                           

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites