Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Hokkaido


Jom kita jalan-jalan cari makan kat Jepun pulak. Ewahhh banyak duit kau, nak makan kat Jepun katanya. Tajuk pun Hokkaido kan...jangan tertipu. Hokkaido ni kat Malaysia je. Kuala Lumpur je pun.


restoren hokkaido

Hokkaido ni adalah sebuah restoren cina menghidangkan makanan laut. Terletak bersebelahan dengan Vistana Hotel. Landmarknya ialah Pekeliling. Siapa naik bas nak balik ke Pahang terutamanya Temerloh mesti tau kan? situ la tempat korang semua pun. Restoren ini berkonsepkan pork free, tetapi turut menghidangkan arak atas permintaan. Pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

kaunter bayaran

Beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 pagi. Jangan la datang pukul 1.30 tengahari feeling-feeling nak makan tengahari pula ye? Memang tak buka. Alamat lengkapnya adalah 48-66, Jalan Lumut, Titiwangsa Central, 50400 Kuala Lumpur.

Di bahagian dalam restoren, notis besar terpampang "no pork served". Di situ kelihatan banyak akuarium yang menempatkan hidupan laut segar untuk di pilih oleh pelanggan. Selain itu pelbagai pilihan kerangan seperti lala dan pepahat di letakkan di atas ais. Pelbagai jenis sayur juga di letakkan di situ untuk di pilih oleh pelanggan.

no pork notice

pelbagai pilihan seafood juga sayur

antara pilihan sayur yang ada

Satu papan putih di luar kawasan dapur juga diletakkan dengan pelbagai senarai menu yang boleh di pilih. Tidak ada buku menu diberikan kepada kita, tetapi pelayan ramah memberitahu lauk apa yang ada beserta masakan yang bersesuaian.

senarai menu

Air yang saya pilih ialah kedondong asam boi. Dengan cuaca panas yang teramat sangat pasti enak air buah masam lagi sejuk mengalir dalam tekak. Air masak kosong juga diminta bagi seimbangkan rasa manis air nanti.

kodondong asam boi. nyumssss

Bagi pilihan lauk pula, menu yang dipilih ialah ikan siakap stim asam, sotong telur masin, lala masak sambal dan baby kailan goreng bawang putih. Nasi ambik satu je.

siakap stim asam

baby kailan bawang putih

sotong telur masin

lala sambal

Haaa terliur tak tengok gambar-gambar makanan ni semua? Total damage ialah RM110. Pendapat perut yang telah pun kenyang?

Pro

1)Layanan pelayan mesra
2)Restoren bersih
3)Must try air kedondong asam boi 
4)Sotong telur masin sedap sangat
5)Siakap stim not bad
6)Kacang tanah dihidangkan masa menunggu makanan

Contra

1)Parking susah sikit
2)Tidak sesuai untuk muslim yang tegas tentang sijil halal dan syubhah. Kerana restoren ada hidangkan arak botol atas permintaan
3)Sayur baby kailan cara masaknya agak kering
4)Lala sambal agak pelik. Maybe sebab sambal chinese style?
5)Harga agak mahal 



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites