Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sawadee Ka



LOP BURI

Seawal subuh kala 5 pagi kami bertolak dari Bangkok menuju Lop Buri. Kalah masuk kem BTN. Kami mendapatkan khidmat pemandu melalui Samat seminggu sebelum ke Bangkok. Tapi Samat ada hal lain, maka rakannya yang memandu.

Samat berulangkali (dengan tegasnya) mengingatkan kenderaan akan bertolak dari Bangkok pukul 5 pagi jangan lewat. Mungkin mahu sampai awal di tempat yang dituju. Mujur kami ada bergabung dengan dua orang lagi orang Malaysia yang juga ingin ke tempat yang sama. Jimat. BTH3500 untuk satu kenderaan untuk perjalanan ini. 

NOTA
Sila tepati masa jika booking driver, mereka di Bangkok sangat efisyen dan tepat masa. Bukan setakat tepat, awal tau.

Perjalanan memakan masa hampir 3 jam. Masing-masing melelapkan mata dalam kenderaan. Pagi sungguh wey. Pergi kerja pun tak keluar sepagi ini. Sekitar pukul 8 pagi kami tiba di Buppachat Farm. WOW! Patutlah Samat minta kami tepat masa untuk bertolak pukul 5. Kami yang pertama sampai! Yahoooo!! Ku suka.


Cahaya matahari mulai memancar terik dan bunga matahari juga mulai tegak. Oh, gembiranya rasa hati masuk dalam kawasan bunga matahari ni. Lagi-lagi hanya kami berempat yang mulai masuk ke dalam kawasan ladang. Ada bayaran tau. BTH20 setiap orang. Haaa korang jangan ingat boleh masuk free je. Jom layan port menarik untuk bergambar di sini.

NOTA
1) Semak ramalan cuaca sebelum rancang perjalanan. Mungkin cuaca kurang baik. Kami tukar hari ke sini berbanding plan asal.

2) Masa terbaik untuk datang ke sini dari bulan November, Disember dan Januari. Musim sejuk.




Selain korang dapat berposing sakan di celah pokok bunga matahari yang saiz bunganya lebih kurang besar muka kita, ladang ini juga menyediakan pelbagai props untuk kaki bergambar tau.





Cantikkan ladang ni? Teruja tak? Sempat lagi kalau nak rancang trip ke sini. Selain dari bunga-bunga di sini, di pintu masuk juga ada jualan cenderahati. Yang paling penting ada jual kuaci. My favorite! Saya beli yang bersira madu. Mahal sikitlah dari yang tiada perisa. Pek saiz besar pula tu.

Hari dah semakin panas, pengunjung pun makin bertambah, siap ada bas lagi. Kami gerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Jim Thompson Farm (JTF). Popular di kalangan warga Thailand sendiri. Even, staff hotel tempat kami menginap juga siap tanya kami, macam mana kami tahu tentang JTF yang dibuka hanya sekali setahun sahaja. JTF terletak di kawasan Nakhon Ratchasima. Jauh juga perjalanannya. 


JIM THOMPSON FARM

Kami tiba di JTF sekitar 12 tengahari kalau tak silap. Punyalah ramai manusia. Parking penuh. Musim rombongan sekolah rupanya. Macam-macam warna uniform sekolah kami jumpa. Majoritinya sekolah rendah.

NOTA
Untuk tahun 2016, Jim Thomson Farm dibuka dari 3 Disember hingga 8 Januari.



Tiket masuk ke JTF ni ialah BTH180 setiap orang. Walaupun pengunjung agak ramai urusan dikaunter memang laju. Kita akan dibekalkan dengan peta kawasan JTF. Luas tau. So kita pilih naik tram dia la ye. Tram di JTF ni comel-comel dan berwarna warni.



JTF ni juga ada kawasan bunga mataharinya tersendiri tau. Since kami dah singgah di Lop Buri kami teruskan ke kawasan labu besar. Turun di kawasan labu yang pertama sekali mencuri perhatian ialah kincir angin. 


Selain kincir angin yang kipasnya dibuat dari kain tu, labu besar memang favorite semua orang agaknya. Penuh manusia dalam labu tu.

gigih tau pilih labu nak ditransform jadi kereta kuda nak gi dating dengan Prince Charming!

Ada juga pagar sesat di kawasan ni. Yang sesuai untuk budak-budak la ye. Orang dewasa macam kita memang tak sesat punya. Terus dapat naik menara. 


Dari kawasan labu kami gerak ke Isan Village. Isan Village ni selain ada cafe untuk minum dan berehat, di sini juga tempat pertunjukan kebudayaan, tempat ditunjukkan proses pembuatan sutera serta pelbagai kain lagi. Kira macam kampung budaya la. 

Laaa...tak de ambil gambar di Isan Village rupanya. Hahah ramai sangat manusia. Saya pun start rasa sakit kepala sampai lupa nak ambil gambar. Tapi dalam perjalanan ke Isan Village kami jumpa tempat menyimpan padi ni.


Dari Isan Village kami menyusur kolam di sini. Walaupun terik matahari tapi since suhu yang sejuk rasa nyaman je. Singgah di satu jeti yang macam dalam gambar ni. Fikir-fikir jugak nak masuk ke tidak,tapi tengok budak-budak sekolah memanjang berlari keluar masuk, terus batalkan hasrat murni.


Jadinya perjalanan di teruskan je. Gigih tau tak ambil tram pun. Tengah berjalan sana sini sambil meneka pokok kaduk, pokok petai dan macam-macam pokok lagi rupanya kami sampai ke area JTF Market. Ahaaa...tempat macam ni saya suka.


rare sangat bunga hitam

Apa yang ada di sini? Macam-macam produk tani. Antaranya madu, pelbagai jenis serbuk teh, kerepek-kerepek, coklat, sayur mentah dan bermacam-macam. Untuk teh pula, pengurusan JTF memang awsome, di sediakan air teh yang dah siap di bancuh untuk kita minum sambil rasa pelbagai perisa. Senang nak pilih wey.

suasana dalam market


madu
sedap ni. nak-nak minum lepas sejukkan dalam peti. nyumsss
jenis mi

Done shopping di market. Next station Field of Cosmos. Nak masuk celah-celah pokok bunga pink yang cantik la sangat. Sebagai peminat tegar warna pink, ini adalah heaven okey!




Di sinilah skill kau selaku kaki posing dan kaki ambil gambar sangat di perlukan okey. Kanak-kanak riang ada di mana jua port ko nak ambil gambar. Tak percaya? Tengok ni ha!

mampuuuu???
Tempat terakhir berposing sebelum balik. Love shape, kegemaran daku. Kawasan ni di tanam dengan bunga-bunga renek. Actually jangan risau bila tengok nampak farm ni panas je. Ada banyak tempat duduk yang teduh di sediakan.





BANGKOK

Selain Lop Buri dan JTF, di Bangkok juga ada tempat menarik untuk di lawati. Tarikan utama haruslah Royal Palace, Wat Pho dan Wat Arun (Temple of Dawn) fuhh bunyi macam filem Tomb Rider pulak.

Untuk ke Royal Palace ambil Sky Train dan turun di Hentian Saphan Taksin. Turun je tangga tu terus sampai Central Pier. Hentian Saphan Taksin & Central Pier ni betul-betul letaknya di Sungai Chao Phraya tau.

Terus beli tiket bot. Harganya BTH14 untuk sehala. Untuk ke Royal Palace, turun di jeti No.9 Tha Chang. 

NOTA
Tak semua warga Bangkok boleh berbahasa inggeris termasuk Penjual tiket. Pandai-pandailah ye nak survive.

Ini tiket kami. Warna oren. Tak tau kenapa dalam gambar nampak macam warna merah. Oren ni.

BTH14 sehala. Tiket oren

Dah beli tiket, tunggu di tempat menunggu ikut tiket yang kita beli. Eh bukan suka hati je nak tunggu dekat mana ye. Kena naik bot yang ada bendera sama warna dengan tiket. Ada bot bendera hijau, kuning, biru dan oren. Jangan salah naik.

jeti tempat naik bot. nampak tak bendera tu? nampak tak bot tu ada bendera biru?

Keadaan dalam bot sama macam public bus je. Bezanya yang ini public boat. Tempat duduk first come first serve. Siapa cepat dia dapat. Tapi jangan buat sombong pulak kalau ada orang tua, wanita mengandung serta sami. Mereka perlu diberi keutamaan.

NOTA
Selain warga emas dan wanita hamil, sami juga diberi keutamaan dalam public transport di Thailand.

sama je macam dalam bas

Dah sampai di jeti No.9 Tha Chang ikut je semua orang hahaha kita akan lalu di celah market sampai ke jalan besar. Di situ kita dah nampak dinding warna putih. Di situlah Royal Palace. Ikut arahan polis/pegawai yang akan minta kita berkumpul untuk pemeriksaan passport dan beg. 

Well, tak tahulah kalau ini rutin biasa atau pun kerana terlalu ramai warga Thailand yang datang untuk beri penghormatan terakhir kerana mereka masih dalam tempoh berkabung kemangkatan raja mereka  


Dah masuk ke dalam kawasan istana, ada pemeriksaan lagi khasnya dari segi pakaian. Kalau pakaian kita tak proper a.k.a menjolok mata, jangan risau. Ada banyak kedai yang menjual seluar, sarong dan shawl berdekatan hahaha  

NOTA
Macam biasa, dimana ceruk dunia pun, tempat suci mengikut kepercayaan warga tempatan, tempat upacara keagamaan serta kawasan di raja, kita perlu berpakaian sopan. Contohnya di Thailand jika masuk ke kawasan Wat dan istana, tidak dibenarkan pakai baju tanpa lengan dan mendedahkan kaki (peha & betis)

Royal Palace dari luar

Lulus pemeriksaan bolehlah ke kaunter tiket BTH500 bagi setiap orang. Kita juga boleh dapatkan khidmat tour dengan bayaran tertentu atau dapatkan audio berbahasa inggeris juga dengan bayaran. Yang part audio ni lemah sikit, sebabnya lambat sikit je dah habis.






Haa...grand kan Royal Palace dia? Keemasan gitu. Kami sampai di depan istana dan nampak ramai warga Thailand berpakaian serba hitam berbaris untuk memberi penghormatan terakhir kepada raja mereka yang baru mangkat. Jadinya orang luar memang tidak dibenarkan menghampiri istana.


Dari Royal Palace kami pilih untuk jalan kaki ke Wat Pho. Kalau tak larat jalan korang boleh naik bot semula dan turun di jeti No 8 Tha Tien.

Nak cerita ada peristiwa menarik berlaku masa kami jalan kaki ke Wat Pho. Oleh kerana sekarang musim berkabung banyak pihak memberi makanan dan minuman percuma kepada pengunjung tau. Kalau tengok pada banner, ada dari airport, pihak insuran, dan pelbagai jenis syarikat.

Yang sangat menarik perhatian saya, warga Thailand ni suka berbaris. Samada naik public transport atau pun mendapatkan makanan percuma. Mereka juga tidak akan tamak haloba ambil makanan secara berlebihan penuh pinggan. Apa yang saya nampak mereka ambil memang berkadaran untuk makan seorang je. Mana yang baik kita boleh jadikan tauladan.

The best part kami lalu satu booth yang hand over benda bentuk empat segi. Kami cuba elak melalui booth tersebut dan jalan atas jalan raya menentang arus. Masa tu tiba-tiba ramai pulak warga thai datang dari arah bertentangan. Masa tu lah juga ada sorang makcik thai cakap bahasa siam dekat kami satu pun tak faham sambil tolak kami suruh masuk dalam barisan ambik benda empat segi tu. Kami pun redha ajelah.

Korang tau apa benda empat segi tu? Beras satu kilo!!!! Mampu? Bagi gift beras okey? Very the Thailand. Negara pengeluar beras. Ni betul-betul rezeki yang dah nak terlepas tapi dapat semula. Tapi akibatnya cuba korang bayangkan, seharian mengusung beras sekilo okey! Dapat beras ni awal pagi hahah


Sampai di Wat Pho, kami terus ke kaunter tiket. Bayaran adalah sebanyak BTH100 bagi setiap orang. Kawasan Wat Pho ni boleh tahan luas. Punyalah luas pihak pengurusan ada menyediakan tong-tong air sejuk untuk pengunjung minum.


Yang menjadi berhatian di sini haruslah The Lying Buddha yang berwarna keemasan. Perhatikan tapak kaki budha ini, terutama ukiran cap jari pada setiap jari kaki.




Di Wat Pho juga ada beberapa wat-wat kecil yang lain. Yang sangat saya suka adalah seni hiasannya. Corak bunga berwarna-warni. 

gergasi yang menjaga wat
so beautiful!

Dari Wat Pho kita ke Wat Arun pula dan perlu menaiki bot ye. Ia terletak diseberang Wat Pho. Turun di jeti Wat Arun 

Wat Arun atau dikenali sebagai Temple of Dawn merupakan mercu tanda Bangkok. Banyak gambar Bangkok menonjolkan Wat Arun yang sangat cantik diwaktu malam bila semua lampu Wat di pasang. 



Sayangnya ketika kami datang Wat Arun dalam proses baik pulih. Jadi kurang menarik di situ. Tapi landskap di sini cantik tau.


Tempat kami bertembung dengan ramai warga Malaysia tak lain tak bukan ialah Chatuchak Market. Semua ada dijual di sini kecuali mak ayah je tak de. Even ada juga kedai makan halal di pasar ni (berdekatan dengan tower). So kalau yang dari pagi sampai petang nak stay dalam pasar ni bab makan tiada masalah. 

NOTA
1) Datang awal pagi untuk elakkan orang yang terlalu ramai.

2) Beg letak di depan badan. Terlalu banyak kes kehilangan purse/wallet di sini.

3) Boleh ke information counter untuk dapatkan map kedudukan kedai-kedai dalam kawasan pasar ini.



Kami juga bercadang untuk ke Dusit Palace. Kira macam summer palace untuk kerabat. Cantik sangat kawasan dan bangunannya. Sayangnya kami tak dibenarkan masuk kerana ada pameran akan berlangsung sempena kemangkatan raja. Frust.

Victory Monument
sebahagian bangunan yang ada dalam kawasan Dusit Palace

Aktiviti lain pastinya shopping dan makan-makan. Makan? Ye tetap ada aktiviti makan-makan walaupun susah juga nak dapatkan makanan halal di Bangkok. Hopefully sesiapa yang bercadang untuk ke Bangkok boleh nampak dah apa aktiviti yang boleh dibuat. 

5 comments:

  1. Boleh xshare contact no.driver van ke lop buri tu?

    ReplyDelete
  2. boleh x nk tahu berapa bajet sis hangus??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak salah all in dari tiket, penginapan,pengangkutan & makan (tak masuk shopping) dalam RM1200

      Delete

7 Days, 7 Favourites