Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Tips Memilih Travel Buddy


Travel buddy/partner in crime/geng berjalan atau apa-apa sahaja gelaran yang diberikan merupakan pasangan yang kita pilih ketika kita bermusafir/melancong. Ada yang melancong dengan sesiapa sahaja yang berkelapangan atau ada juga yang sudah punyai travel buddy tersendiri.

Bagi saya pula, semakin kerap saya melancong semakin saya bersikap memilih berkaitan dengan travel buddy. Antara travel buddy terbaik saya adalah adik saya sendiri. Disiplin, tepat masa, teratur dan terancang.

Buat masa ini saya juga mempunyai seorang travel buddy yang betul-betul sekepala. Fit with each other. Saya dan Ella sekelas ketika zaman universiti. Tetapi tidak rapat memandangkan kami ada geng sendiri. 

Kali pertama kami melancong bersama ketika ke Vietnam. Selepas dari itu kami dapati kami punyai minat yang hampir sama terutama berkaitan sejarah tempatan, bangunan bersejarah, sirah nabi dan makan heheheh

***

Bagaimana saya memilih travel buddy yang sesuai?

1) Short Trip

Secara peribadi try & error adalah cara yang terbaik dengan merancang satu perjalanan bermalam bersama calon travel buddy ke tempat yang dekat terlebih dahulu. Dari perjalanan itu kita akan dapat mengenali karektor sebenar rakan tersebut. Barankah orangnya, atau tidak sporting, bersikap negatif, atau pun tegas, cekap mencari arah dan sebagainya sebelum kita merancang untuk membuat perjalanan yang lebih jauh dan mengambil masa yang lama.

2) Photo

Bagi diri saya yang suka bergambar, saya memerlukan travel buddy yang tidak kisah untuk melayan karenah saya yang gemar bergambar. Travel buddy tersebut boleh mengambil gambar dengan baik tidak kabur, terpotong kepala atau separuh badan, merungut-rungut bila diminta mengambil gambar walaupun tidak ke tahap professional.

3) Positif

Saya juga lebih gemar melakukan perjalanan bersama travel buddy yang mempunyai sikap positif yang akan beri sokongan moral saat kita dalam keadaan down/takut/was-was. Sebaiknya travel buddy juga bukan orang yang mudah tantrum, buat perangai dalam perjalanan. Tarik muka serta merajuk berhari-hari. Tidak salah untuk berasa marah pada keadaan tertentu tapi jangan berlarutan hingga mendatangkan rasa sebal pada rakan-rakan lain.

4) Sporting

Sebagai travel buddy kita juga perlu bersikap sporting dalam beraktiviti. Kita dan travel buddy kita pasti punyai minat yang berbeza. Tak perlu kondem aktiviti yang dia ingin lakukan itu hanya kerana kita tidak berminat dan beranggapan aktiviti yang kita nak buat itu lebih menarik. Tidak salah bersama-sama beraktiviti yang diminati oleh travel buddy kita.Nah, in return travel buddy kita akan buat aktiviti yang kita gemar walaupun bukan minat dia. Jangan bersikap penting diri terus tidak sertai travel buddy kita beraktiviti.

5) Food Lover

Oleh kerana saya suka makan, eh siapa yang tak suka makan ye? Saya akan buat homework berkaitan makan samada untuk trip dalam atau luar negara. Jadi travel buddy yang cerewet makan serta memilih makan kurang sesuai jadi partner saya memandangkan saya gemar mencuba makanan setempat.

6) Completing Each Other

Setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Maka itulah yang akan melengkapkan kita dan travel buddy kita. Penghujung tahun lepas saya terlibat dengan kemalangan yang agak teruk bagi saya. Akibatnya sekarang saya mudah berasa seriau ketika memandu terutama di tempat yang sesak dengan kereta atau pun di tempat baru. Jadi buat masa ini travel buddy saya akan memandu ke mana-mana hala tuju kami dan saya berusaha mencari arah, google maps sebaik yang boleh.

7) Respect

Jika travel buddy kita berlainan agama dan kepercayaan dengan kita hormatilah dirinya. Jika seagama tetapi berlainan penampilan, juga hormati travel buddy kita. Yang penting kita jaga antara satu sama lain. Terutama bila berada di tempat orang.


***

Well, mungkin ada yang beranggapan saya seorang yang cerewet."eh, gi aje la kan single sama single boleh aje la gi sesama tu" Tapi percayalah,jika perjalanan tersebut mencecah seminggu dan lebih, kita memang memerlukan travel buddy yang betul-betul boleh ngam. kalau tak, lepas 3 hari pasti naik gila! 



"your travel buddy is also your other half" ~Tuan Zainuddin Omar #kutuberahak



1 comment:

7 Days, 7 Favourites