Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

London Bridge Is Falling Down [part 1]


London. Sebut je London terbayang guard kat Istana Buckingham, Queen Elizabeth , Prince William. Dari kecik memang tak pernah terbayang/terfikir yang mampu hanya berangan "kalaulah aku study kat UK". Memang study kat UK jugak la akhirnya. Tapi UKM . hahahaha

Pendekkan cerita, rezeki untuk ke London sampai jua kepada saya. Bersama 4 lagi partner in crime kami ke London menaiki Qatar Airways, transit di Doha selama beberapa jam. Since ini adalah penerbangan paling jauh melebihi 12 jam (walaupun transit) yang pertama untuk saya, saya alami kesukaran untuk tidur hari sebelum ke lapangan terbang. Blessing disguised, saya tidur sepanjang perjalanan ke London. 


welcome to Doha

Di Lapangan Terbang Doha, kami tidak kemana-mana. Hanya alas perut di cafe, berpusing-pusing dalam ruang legar dan akhirnya duduk menunggu penerbangan seterusnya menuju Heathrow. Dari Lapangan Terbang Heathrow kami menaiki teksi terus menuju ke guesthouse yang telah di tempah awal terletak di Church Street. Pemiliknya lebih senang dipanggil Umi, warganegara Malaysia yang telah lama menetap di London. 


Bizz kad umi. Satu nama lagi tu anak dia

Blackwater House tempat kami menginap sangat stategik kedudukannya. Berdekatan dengan Edgeware Road Tube Station. Selain setiap pagi di depan rumah tersebut ada pasar tani, kedai bahan basah halal serta Tesco juga terletak di hadapan apartment ini. Umi juga membenarkan kami menggunakan dapur serta bahan masakan yang diletakkan di bahagian yang telah di asingkan untuk tetamu yang tinggal di rumah tersebut, (juga bahan masakan tinggalan tetamu-tetamu sebelum ini). Wifi juga disediakan untuk kemudahan penghuni rumah.


signboard depan apartment
pemandangan malam di depan apartment 

Kami book dua bilik di apartment ni. Satu untuk gegirl maksimum muat empat orang. Satu katil double decker dan satu katil queen yang berharga 100 pound per malam. Bilik boys pulak satu katil single dan satu lagi katil tarik. Apa nama katil camtu tak tau la ye yang berharga 60 pound bagi setiap malam. Macam katil dua tingkat juga la. Toilet ada di tingkat atas dan bawah. 




peniaga buah
suasana pasar

Part yang menarik tentang pasar di sini, habis je sesi pasar pihak yang ditugaskan membersih memang menjalankan tugas mereka dengan efisyen. Selesai saja operasi membersih, kita langsung tak tahu yang sebenarnya sebelum tu ada pasar.


di dapur, dengan penghuni lain

Ketika kami tiba , rupanya ada pasangan suami isteri dari Malaysia yang sampai lebih awal dari kami. Katanya menghadiri konvo anaknya di Royal Albert Hall.


atas apartment
dari atas apartment



Baru sampai haruslah teruja nak tengok pemandangan dari atas apartment. Malangnya pack sungguh pandangan. Nampak rumah je



kedai runcit barangan halal

Kalau teringin nak masak, sumber barangan halal langsung tak jadi masalah. Ada kedai runcit malah mini market yang menjual barangan halal termasuk daging dan ayam. So, tak de la nak makan kat kedai aje atau pun makan makanan vegie.


Sinbad tu kedai barangan halal ye
tesco depan rumah

Barang keperluan harian lain boleh diperolehi di Tesco, juga terletak depan rumah. Menjelang hari-hari akhir di London, rasa macam residen kat situ je, cekap aje dah guna pound dan pence 


station tube terdekat

Sebelum gerak ke mana-mana pastikan anda dapatkan Oyster kad, macam kad touch & go, boleh digunakan untuk tube dan bas. Kad ni kami beli di kedai runcit berdekatan. Hanya bayar deposit kad dan amaun kredit ikut berapa hari kita stay di London.  Yang best tak kira berapa kali kita nak swap pun kad tu sehari tak jadi masalah. By the end of tarikh kredit baru la tak boleh guna dah. Kalau kita kembalikan kad Oyster, deposit akan di kembalikan.






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites