Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

AirBnB? Okey ke?

Google

Saya dah melalui beberapa kali pengalaman menginap ketika melancong menggunakan khidmat AirBNB. So, ada juga kawan-kawan yang bertanyakan saya pengalaman menggunakan apps ni, kualiti penginapan, servis dari tuan rumah dan lain-lain. So di sini saya kumpulkan ciri-ciri  serta tips yang selalu saya dan travel partner saya Ella tetapkan dalam menggunakan khidmat melalui apps ni. 

1) Pilih tempat

Sebelum kita nak ke satu-satu tempat tu biasanya kita dah senaraikan tempat-tempat yang ingin kita kunjungikan? Pilih area rumah yang dekat dengan majoriti tempat-tempat tu. Apa guna kalau kita dapat rumah super best, super murah tapi perjalanan kita ambik masa sampai satu jam kan? Dah bazir masa. Letih pun ye.


2) Tetapkan budget

Macam biasalah, bila nak berjalan ni mesti isu utama adalah kemampuan kewangan kita. Sama juga bila nak cari tempat tinggal. Tetapkan budget siap-siap. RM100-200? RM250-300 sehari? Ikut poket kita. So, bila kita dah ada budget, mudah kita nak ketepikan rumah-rumah yang luar dari kemampuan kita.




3) Dekat dengan pengangkutan awam

Yang ni memang sangat penting ye. Maklumla kita di tempat orang. Tak semua tempat sewa kereta murah, dan ada tempat yang memang banyak kemudahan pengangkutan awam. Elok kita gunakan je. Semak dengan teliti ciri-ciri kemudahan yang disenaraikan oleh bakal host pilihan. Selalunya tuan rumah akan bagitahu siap-siap jarak rumah mereka dengan bus stop, tramp stop, atau train stop yang terdekat.  




4) Privacy

Yang ni kita kena semak betul-betul information tentang rumah yang dah diberikan oleh host. Adakah kita je penyewa di situ atau ada penghuni lain dalam bilik yang sama? Atau ada penyewa lain di bilik lain? Bagaimana dengan bilik air? Dapur? Common room?

Semua tu kita kena cek. Bukan apa, at least kita boleh mengambil langkah beringat kalau kita tinggal dirumah yang dihuni oleh penyewa lain, khasnya untuk traveller muslimah. Tetap jaga aurat ye bila tinggal di rumah yang turut disewa oleh penghuni lain bila ke common area. 



5) Kemudahan Lain

Tuan rumah juga akan nyatakan samada akan ada wifi, seterika, kemudahan dobi ataupun sarapan pagi percuma. Kena tengok betul-betul. So, kita jangan expect tiap-tiap rumah menawarkan kemudahan yang sama. Host juga akan nyatakan samada dia ada haiwan peliharaan, atau pun dia tinggal di situ atau tidak, boleh juga cek samada bilik tu dibenarkan untuk merokok atau pun tak.


6) Review

Semak juga komen atau review dari penyewa-penyewa yang pernah menyewa di rumah tu. Kalau review penyewa sebelum yang tak puas hati dari segi keadaan rumah yang teruk tak sama dalam gambar, komen-komen tentang keselamatan dan tak berpuas hati dengan host, lebih baik la kita jangan teruskan booking dengan host tersebut since ada banyak lagi pilihan rumah dengan host yang cemerlang.


7) Arahan Sampingan

Once kita dah comfirm untuk menginap, host akan minta maklumat ketibaan kita dan akan hantar direction untuk ke rumah dia. Host juga akan sertakan waktu untuk kita check-in dan check-out. Sesetengah host juga akan hantar arahan remeh lain yang perlu kita patuhi ketika menyewa di situ contohnya tak boleh tekan loceng lebih dari sekali, tak boleh berdiri di belakang pintu bawah, hanya boleh check-in pada waktu yang telah ditetapkan sahaja. So, kenalah kita patuh pada arahan-arahan tu. Untuk memudahkan semua pihak.


8) Komunikasi

Kalau kita ke negara yang kemudahan wifi-nya tiptop untunglah kita, dimana-mana kita boleh on internet. Kalau tak de, kena beli sim kad tempatan. Dalam proses sampai di tempat tu dan nak check in, pastikan kita keep in touch dengan host sekiranya apa-apa berlaku. Contohnya flight kita delay dan tiba jauh lewat dari masa yang ditetapkan oleh host. Sebaik-baiknya hubungi host dak maklumkan keadaan kita. Setidaknya dia tak tertunggu-tunggu kita yang tak kunjung tiba sampai dia tak boleh buat urusan lain.  



9) Permintaan khas

Atas budi bicara host, kita juga boleh buat permintaan pada host kita untuk tinggalkan beg lebih dari tempoh yg ditetapkan. Contohnya, check-out pukul 2 petang, tapi bas kita atau flight kita tengah malam nanti. Cuba tanya tuan rumah samada kita boleh tinggalkan beg buat sementara.  kalau bertuah, memang dapat. Jadi kita tak perlu sewa locker untuk beg-beg kita sementara nak habiskan masa before gerak ke lapangan terbang atau station bus.


10) Kebersihan

Walaupun kita stay dengan buat bayaran, attitude atau sikap kita sendiri tetap kena jaga. Terutama bab kebersihan. Dalam bilik air dan juga dalam bilik. Pastikan bilik dibersihkan, katil dikemaskan dan sampah dibuang ke dalam bakul sampah sebelum kita keluar dari rumah. Kalau ada guna pinggan mangkuk cawan tuan rumah, bersihkan dan simpan semula.

Sentiasa tanam dalam hati, kita adalah duta kecil negara kita. By the way, jangan ingat hanya kita yang yang boleh komen pasal puas hati atau tak puas hati perkhidmatan tuan rumah, tuan rumah jugak boleh komen tentang kita tau!

NOTA
Bakal tuan rumah boleh semak tentang kita melalui komen dari bekas tuan rumah sebelum ni
  



4 comments:

  1. Nice tips...tpi banyak yg i survey masa nk ke aussie hari tu bonding n cleaning charges diorg tinggi...
    Pening di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul, cleaning fee d.org sesetengah tempat tu fuhhh berpeluh jugak bila kita nak congak2

      Delete
  2. kan, I pun dah jatuh ngan AirBnB ni. Rumah tu memang super clean mcm rumah kita sendiri. Kadang tu, cleaning fee tu adooii pejam mata je la. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik bjalan cam balik rumah sendiri, tu yg best partnya. Sbb kadang² tserempak dgn jiran² kat situ, btegur sapa pulak

      Delete

7 Days, 7 Favourites