Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Turkey [Part 2] : Istana Kapas


Di Bursa kami menginap di Burcman Hotel semalaman sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Pagi pertama di Turki saya teruja dengan sarapan yang disediakan di hotel ini. Deretan jem menggamit pandangan saya dan saya memilih untuk mencicipi jem pelbagai perisa namun perisa bijan dan bunga rose adalah pilihan kegemaran saya sepanjang berada di bumi Turki. Bukan sahaja jem malah keju dari pelbagai jenis turut dihidangkan. Menjadi orang pertama yang tiba di cafe hotel membuat saya dan adik mudah untuk bersarapan dengan santai serta tenang. 


bilik kami
deretan jem dan buah zaitun
pelbagai pilihan keju

cili yang tak pedas!

NOTA
Sekiranya anda mengikuti trip melalui travel ejen pastikan anda patuhi masa yang ditetapkan. Kegagalan anda menepati waktu akan menyusahkan rakan-rakan serombongan yang terpaksa menunggu anda, malah anda mungkin terlepas waktu sarapan dan menanggung kelaparan dalam perjalanan, dan rombongan mungkin akan bertolak lewat dari jadual yang telah ditetapkan.

Selesai bersarapan kami semua bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Pamukkale. Perjalanan yang jauh serta cuaca yang sejuk membuatkan kami turut berhenti di kawasan rekreasi untuk ke tandas. Antara pengalaman menarik menggunakan tandas di kawasan awam di Turki ialah lampu tandasnya menggunakan sensor mengesan pergerakan. Kita masuk baru lampu menyala. Tidak ada masalah lampu tidak dipadamkan oleh pengguna.

gembira sungguh dapat buang air ye

Kami berhenti rehat untuk makan tengahari di Köfteci Ramiz yang terletak di Akhisar. Cuaca pada ketika ini sangat indah dengan sinaran terang cahaya matahari walaupun suhu yang sejuk. Seperti biasa menu kami dimulai dengan salad dan seterusnya dihidangkan dengan Shish Kebab. 


Ojah & The Boys
senarai harga makanan

Shish Kebab ialah sejenis kebab dari isi kambing yang di bakar pada pemanggang (seperti satey) di hidang bersama cili dan tomato yang turut di panggang. Roti nan turut disertakan bersama sedikit sambal. 

meriahnya salad
Shish Kebab

Di sini juga kami berkesempatan mencuba teh epal. Aroma epal dari wap teh panas sangat membangkitkan selera untuk mencuba. Cuaca sejuk dengan teh epal hangat sememangnya pasangan yang sempurna. 

teh epal enak diminum begitu sahaja ataupun ditambah gula
manisan pencuci mulut
kaunter salad

Selesai menjamu selera saya dan adik mengambil kesempatan berjalan di sekitar kawasan hentian ini sebelum menaiki bas dan meneruskan perjalanan. Terus terang saya katakan bahawa perjalanan menghala ke Pamukkale terlalu indah bagaikan cetakan poskad yang dijual dikedai cenderahati.


Gru!
kebun di belakang restoren ini
macam dalam poskad!

Kami akhirnya tiba di Pamukkale. Pamukkale dalam bahasa Turki bererti Cotton Castle/Istana Kapas merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia. Melihat kawasannya yang seputih kapas dari kejauhan membuat saya mengerti kenapa tempat ini dinamakan sebegitu. 



peta kawasan Hierapolis


Pamukkale terbina dari bahan mineral semulajadi yang membentuk satu kawasan putih yang luas. Terdapat juga kolam-kolam air panas cetek yang menjadi kegemaran ramai pelancong. Untuk turun ke atas kawasan "Istana Kapas" ini kita dikehendaki menanggalkan kasut bagi menjaga keindahan dan mengekalkan kejadian alam ini. Para petugas di sini sentiasa peka dengan pelancong yang mungkin turun dengan mengenakan kasut mahu pun ke kawasan bahaya. Lantai Istana Kapas ini agak licin bagaikan ais.




pemandangan indah dari atas Istana Kapas

Di bahagian atas Istana Kapas ini merupakan tinggalan lama era Hierapolis. Sisa-sisa binaan masih ada memerlukan imaginasi kita sendiri membayangkan sebuah kerajaan pernah wujud di sini. Kawasannya terlalu luas dan kami kesuntukan masa membuatkan kami tidak dapat menjelajah kawasan Hierapolis ini sepenuhnya.






teater




NOTA
Pengambaran filem Ghost Rider : Spirit of Vengeance dibuat di kawasan Hierapolis.


Namun begitu kami sempat masuk ke kawasan Antique Pool/Kolam Antik yang telah dikunjungi oleh ribuan pengunjung yang mempercayai bahawa mandi di kolam ini dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Sisa binaan yang tumbang jelas kelihatan di dalam kolam yang sangat jernih ini.


air jernih kehijauan
di luar Antique Pool

Walaupun suasana semakin gelap kerana siang di musim sejuk ini agak pendek, saya tetap tidak melepaskan peluang mendapatkan cenderahati di kedai yang telah di tutup. Sempat juga menyambar fridge magnet Pamukkale dan Tote Bag motif tulisan era Hierapolis.

kedai cenderahati
FM dan beg sebagai kenangan
pekan Pamukkale bermandikan cahaya lampu


Hari beransur gelap dan kami semua daftar masuk hotel di sini iaitu Lycus River Hotel. Makan malam kami juga di hotel ini. Hotel ini juga merupakan pilihan banyak agensi pelanconganKeesokkan paginya setelah bersarapan kami semua di bawa ke Pamukkale Natural Park yang terletak betul-betul di bahagian bawah depan Istana Kapas. 


contengan selamat tahun baru di pintu masuk mengalu-alukan kedatangan kami

my fav! jem


Terdapat sebuah kolam yang besar di sini yang kelihatan terlalu indah berlatarbelakangkan Istana Kapas. Kelihatan kawanan itik berenang-renang kegembiraan di sini. Di sebelah kolam ini juga ada kawasan rekreasi yang menyediakan kolam mandi berbayar untuk dewasa dan kanak-kanak. 

pintu masuk


kelihatan kompleks rekreasi di belakang sana

Puas bergambar sambil menikmati pemandangan di sini dan hari semakin cerah, kami menaiki bas semula menuju destinasi seterusnya, Konya.
   

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites