Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kula Cake


Weh korang, siapa yang jalan-jalan ke Kuantan tu, selain dari cari keropok lekor, sata, otak-otak dekat Tanjung Lumpur or Beserah, cuba korang ke Kula Cake. Apa yang best sangat makan di Kula Cake ni? Kula Cake ni kedai yang jual desserts. Signature dish dia yang paling famous seantero dunia haruslah mango cheese cake dan juga air pandan cooler.

Senang je nak cari kedai ni. Betul-betul tepi jalan besar dari bandar menghala ke Gambang. Kira seberang jalan station bas lama. A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang. Tu alamat dia. Hujung minggu memang ramai orang beratur sampai keluar pintu tau. So kena bertabahlah kalau datang hujung minggu or musim cuti.

senarai harga
Selain mango cheesecake dan pandan cooler, korang boleh try dessert lain. Yang kami cuba juga ialah red velvet (sedap cukup sifat!), toblerone cheese cake (manis sangat untuk taste bud saya) dan nutella pavlova (highly recommend to try! sedap gils) . Selamat mencuba!

kek ikut arah jam: nutella pavlova, toblerone cheese cake, mango cheese cake dan red velvet
muka-muka bahagia gembira dapat makan kek

NOTA
Siapa yang makan kat situ jangan sembang lama-lama woi, ramai kot orang tunggu nak duduk.

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites