Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Adijo



Dengan kos RM212 untuk dua malam bagi seorang, kami memilih untuk menginap apartment milik Mr.Malus yang terletak di 4th Floor, Neubergerjeva Ulica 14, Ljubljana 1000 Slovenia.


Sekitar pukul 6 pagi kami gerak ke apartment kami dari Restoren Ajda, jalan kaki je menyeberangi Central Train Station. Mujur la cuaca sejuk. Okeylah nak jalan kaki. Feeling masa tu kemain la jauhnya rumah sebab hari still gelap dan tak dapat bayang rumah terletak disebelah mana.


Ljubljana Central Train Station


Paling memeranjatkan tuan rumah kami tunggu kami di luar bangunan dalam gelap subuh sejuk tu! Oh AirBnB. Memang perkhidmatan tip top. Sampai di rumah kami melepaskan lelah dan berehat menunggu hari siang sebelum bersiap untuk aktiviti seterusnya.

Apartment ini merupakan studio apartment dan part paling menarik ialah kami berdua sahaja yang stay di sini. Kecik je uols. Tapi memang cantik sangat Mr.Malus hias rumah ni. Ikea la kot serba putih. 








Oleh kerana di Ljubljana suhu dikategorikan masih agak panas untuk musim sejuk/luruh maka alat pemanas berpusat masih belum beroperasi di sini. Tapi, Mr. Malus sangat baik hati bekalkan kami dengan portable heater macam dalam gambar bawah ni. Baikkan dia? Faham aje badan orang asia ni tak tahan dengan cuaca sejuk.


Toilet sangat la sempit ye di rumah ni dan tuala yang dibekalkan juga bersaiz kecil. Mujur bawak tuala fiber bertuah tu. Banyak gunanya dan cepat kering. Tuan rumah juga sediakan sabun dan syampoo yang boleh kami gunakan.  


Walaupun rumah kecil, tapi peralatan lengkap tau. Periuk kuali ada. Sudu pinggan mangkuk serta bahan minum ada disediakan. Biasanya kami take turn untuk duduk di dapur. Kalau saya di dapur Ella akan duduk di katil. Rumah kecil katakan.


Lepas Mr Malus bagi kunci dan bagi penerangan serba sedikit tentang rumah serta manual rumah, beliau terus balik dan masa kami keluar dari rumah pun tak jumpa dengan Mr Malus. Hanya tinggalkan kunci dalam peti surat.

muka bangun tido tetap nak posing jugak dengan Mr Malus

Hari dah cerah barulah kami keluar rumah menuju Old Town. Eh rupanya menarik juga area berdekatan dengan rumah kami. Banyak kedai makan dan restoren serta pasaraya.




Pro

1) Dekat dengan stesen bas dan keretapi.
2) Banyak kedai makan dan cafe berdekatan dengan rumah. 
3) Rumah macam hotel.
4) Peralatan rumah lengkap khasnya dapur.
5) Hanya kita yang monopoli seluruh rumah.

Contra

1) Terletak di tingkat 4, tiada lif.
2) Bilik air kecil sungguh.
3) Tuala kecil.
4) Jauh nak ke Old Town.

Recommended?

Ya. Host kami sangat attentive. Sanggup tunggu dalam gelap sejuk pagi buta 6 pagi takut kami tak jumpa apartment! Kejiranan yang tenang serta kawasan perumahan yang menarik. Kalau tak kisah nak berjalan kaki atau nak sewa basikal boleh sangat stay di sini walaupun agak jauh untuk ke Old Town.

***kos euro trip


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites