Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Raub Run Challenge 2018


Saat pergi mendaftar untuk Raub Run Challenge 2018 di Majlis Daerah Raub gagah la konon untuk 10KM walaupun akak petugas yang buat resit tu tanya dua kali untuk kepastian or tak yakin dengan iols tak tau la yang mana satu.

Lagi pulak masa tu tengok gambar medal yang sangat la cute bentuk bangunan Majlis Daerah Raub. Ye la, anjuran pun oleh Kelab Sukan Majlis Daerah Raub kan.


Tak lama tu keluar pulak gambar t-shirt untuk dua-dua kategori. Haish kemain lawa uols. Lagila berkobar-kobar nak berlari dekat tempat sendiri. Asyik pergi tempat orang je kan


Tapi bila route laluan untuk run ni di keluarkan penganjur, hadessss. Nak kena mendaki bukit kat Taman Lee Man uols a.k.a lidah melayu sebut Taman Leman. Atau versi omputihnya Leeman Park.


Sehari sebelum run sis pun pergi MDR untuk ambil race kit. Dapat nombor je uols. T-shirt ambil pagi run sebab ada masalah cuti lepas pilihanraya sebabkan masalah penghantaran t-shirt.


Well, pagi-pagi ke kaunter MDR dulu nak ambil t-shirt. Memang lawa la warna dan designnya seperti dalam gambar. By 6.50 pagi pengacara dah panggil untuk warm up dan peserta 10KM berlepas pukul 7.08 pagi lebih kurang la. Peserta tak ramai yang datang maybe masih bercuti pilihanraya.

awek sebelah ni dapat no 5 kalau tak silap la

So, sampai la juga iols within COT. Seperti yang dijangka tempat paling hazab ialah bukit Taman Lee Man. Selama ni bergerak dalam Raub naik kereta, ni berlari tak tau berapa kali bukit daaa. Terngiang-ngiang je kat cuping telinga ni lagu nyanyian Ning Baizura, Jacklyn Victor & Shila Hamzah "Seribu Sesalan". Insof rasa.


By the way tahniah diucapkan pada pihak penganjur, Majlis Daerah Raub. Walaupun kali pertama anjurkan larian, everything berjalan lancar. Pelepasan peserta within time, petugas jaga check point hampir di setiap 500 meter, sangat helpful dengan peserta dan bantu jaga lalulintas/tahan kereta. Water station ada 3 (untuk 10KM), polis trafik kawal di simpang empat main road. Medal besar dan unik (gambar bangunan MDR sendiri), design baju cantik, hadiah cabutan bertuah kemain banyak. Huntungla sape yang dapat basikal tu. Next time boleh la join lagi.

medal bentuk bangunan MDR

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites