Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sungai Lembing [part 4: JJCM]


Tamat aktiviti di lombong bijih, untuk makan tengahari kami ingin ke Tanjung Lumpur, Kuantan, mencari restoren yang bernama Mabiq. Mabiq adalah restoren yang diusahakan oleh Maahad Tahfiz yang mana hasil keuntungan restoren akan disalurkan untuk pembangunan maahad serta kegunaan pelajar-pelajar.

Fuhhh berpusing-pusing juga nak mencari Mabiq ni. Bukan senang, masuk area perumahan, masuk simpang celah rumah orang. Ingatkan memang sesat dah, rupanya sampai sungguh ke tempat yang di tuju. Sabar aje la.


restoren dan maahad tahfiz ni terletak bersebelahan

Kelihatan ramai pengunjung yang sedang menikmati menu pilihan masing-masing di dalam kedai. Pelanggan yang datang dan pergi juga bertali arus. Kami terus masuk dan meninjau lauk yang ada. Antara lauk yang menjadi pilihan pengunjung di sini ialah daging salai masak lemak cili api (daging salai yang belum dimasak juga ada dijual di sini) dan pais patin. Saya memilih nasi putih, pais patin, ulaman dan sambal tempoyak. Fira memilih nasi putih, patin masak tempoyak, ulam dan sambal. Ella pilih daging salai masak lemak cili api, sayur, ulam dan juga sambal. Terdapat beberapa jenis air termasuk air sirap, anggur dan jagung serta air masak, diberikan percuma. Gambar pais patin tak sempat nak snap. Lapar sungguh hahaha maklumla nak keluar dari sungai lembing sekian,nak cari tempat makan pun dan sekian habis masa. Total damage di sini? RM22-00 je 

notis board yang menarik perhatian saya

Selesai menjamu selera Ella katanya teringin nak beli keropok lekor yang sedap bersama dengan sos keropok yang marvelous! Saya cadangkan kami ke Terengganu saja. Terkejut dia, bukan nak ke Kuala Terengganu la, ke Kuala Kemaman saja, ujar saya. Satu jam dari Kuantan. Ella setuju dan kami menggunakan jalan dalam untuk ke Kuala Kemaman.

Menggunakan jalan dalam membolehkan kami menyaksikan sendiri keadaan jalan yang sangat teruk dengan debu bauksit berwarna oren tebal bukan sahaja di atas jalan, tetapi pada penghadang jalan, penanda jalan, flyover dan sebagainya. Benarlah seperti nama gelaran yang diviralkan di laman sosial. Planet Marikh!

Sampai di Kuala Kemaman kami memilih untuk mencari kedai Aziz Satar. Kedai yang sangat famous sejak zaman dulu lagi. Dulu-dulu kedainya serba kuning. Kerusi meja semua kuning. Perghhh memang penuh kedai Aziz Satar dengan pengunjung. Orang balik kampung kot. Kelihatan para pekerja tidak berhenti menggentel keropok, membakar satar, otak-otak, serta menggoreng udang, ketam dan lain-lain.

famous sejak dulu lagi

Saya memilih untuk order satar dan juga otak-otak. Ella maklumkan saya dia tidak gemar otak-otak. 

Saya: otak-otak kempas ke? aku pun tak suka, tapi cuba dulu otak-otak pantai timur, sure ko kata sedap punya


Ella : Lain ke dengan kempas?



Saya: Lain sangat uols, rasa dulu la



Punya la nak kempen suruh dia makan otak-otak versi pantai timur. Mujur Fira dah pernah makan otak-otak terengganu senang sket nak kempen berdua hihihi. Ella mula mencari keropok idamannya dan Fira mendapatkan udang goreng tepung.

Perkara pertama yang di test haruslah keropok, nak test sosnya juga sedap ke tidak. Memang sedap!!! Tiga-tiga terangguk-angguk kepala sambil puji sos keropok yang sedap dan masing-masing mula mencongak berapa botol sos nak beli hahahah

sos keropok ni memang sedap! 

Then saya mula makan otak-otak dan minta Ella menjamah otak-otak juga. Bila saja di buka sarung daun kelapa otak-otak terus Ella bertanya "eh,isi ikan?" ,"ha ah" ujar saya dan Fira. "Makan sekali dengan rencahnya tu, baru sedap", ujar saya lagi bila melihat Ella hanya mengambil isi ikan. "Sedapnya!" teruja si Ella. Lepas tu, setiap satu otak-otak yang dia makan akan diakhiri dengan ucapan, sedapnya, sedapnya uols, sedap ye?, sedap betul otak-otak. Sabo aje lah. 

otak-otak

Satar yang kami pilih agak pedas rasanya. Mungkin kerana ramai pelanggan kedai ini orang luar yang meminta satar dibuat pedas. Biasanya satar tak de la pedas sangat. Udang goreng tepung pun tak kalah enak dan fresh. Untuk minuman kami pilih coconut shake. Tapi rasanya memang mengecewakan. Tak fresh. Telah disediakan awal hanya curah dalam cawan-cawan dan diletakkan ais krim.

satar

Puas makan kami mencongak makanan yang ingin kami bawa balik ke Sungai Lembing. Sebulat suara setuju pilih otak-otak dan sedikit satar, saya dan Fira membungkus ketam goreng tepung. Dan masing-masing kami memborong keropok lekor dan keropok kering, serta sos yang mavelous.

Perut dah kenyang kena pulanglah semula ke pangkal jalan, kami singgah sebentar di Masjid Kuala Kemaman untuk solat dan rehat sebentar. Ruang parking sangat luas, masjid selesa dan bersih, alhamdulillah.

Selepas satu jam perjalanan dari Kemaman balik semula ke Kuantan, kami bercadang mencari pencuci mulut dan memilih untuk makan desserts sambil bersantai di Restoren Lilawadi cawangan Indera Mahkota. Alamatnya ialah B41 , Jalan IM 5/1, 26200 Kuantan, Pahang.

Pilihan kami pastinya the ever famous Mango Cheesecake dan air Pandan Cooler. Semua pilih menu yang sama. Malas nak fikir dah. Bagi saya kek ni memang kena dengan citarasa saya, sedap. Tapi tekak lain-lain kan? Ella kata biasa-biasa je. Tapi untuk air pandan cooler kami sebulat suara kata sedap!

pandan cooler yang sedap sangat

mango cheesecake. saiz makin kecil berbanding dulu. maybe untuk maintain harga terpaksa kecilkan saiz kek

Sampai semula ke Capsule Retreat kami membersihkan diri, rehat dan borak-borak sambil menghabiskan bekalan dari Kuala Kemaman tadi. Memang sedap walaupun dan sejuk. Tidur awal masing-masing. Keletihan. Letih makan.

Keesokannya kami bersarapan pagi di Anjung selera. Hari ni pilih roti canai dan teh tarik dari kedai yang berbeza berbanding dari hari sebelumnya. Teh tarik lebih sedap dari semalam. Selepas sarapan kami meronda sekitar pekan Sungai Lembing. Kelihatan kedai-kedai juga telah banyak beroperasi. Usai mengambil gambar, kami gerak pulang ke destinasi masing-masing.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites