Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

London [part 4] : Keep The Blue Flag Flying High



[travel tahun 2011]

Hari seterusnya kami ingin ke Chelsea. Stadium Chelsea secara spesifiknya. Stadium Chelsea ini paling dekat kerana terletak di London berbanding dengan Stadium Manchester dan Liverpool. Kami menaiki tube dari Edgwere Road Station dan berhenti di Fulham Broadway Station. Station yang paling dekat untuk ke Stamford Gate. Dari station ni pula kena jalan kaki lebih kurang 20 minit ke stadium. Ikut saja signboard. 

station tube terdekat ke stadium

Chelsea jauh lebih tenang dan tenteram berbanding London. Sambil berjalan sempat juga menikmati pemandangan di sini.

signboard suruh terus ke depan lagi

Banyak signboard yang menunjuk arah untuk ke stadium jadi tidak ada masalah untuk mencarinya.

Chelsea Stadium
Stamford Bridge
Fulham Road
London

Old Brompton Road
Redcliffe Square

Selepas lebih kurang 20 minit jalan kaki sampai juga ke Stamford Bridge ini. Yang pasti 90% yang datang ke sini adalah peminat tegar pasukan Chelsea. Samada datang jalan kaki dari tube atau pun turun bas, jejak sahaja kaki atas dataran, kelihatan die-hard-fan membuka beg masing-masing dan memakai jersi pasukan kesayangan mereka. Baik perempuan baik lelaki sama je.


Stamford Gate


Kalau di Malaysia, kita boleh lihat Stadium Darul Makmur, Stadium Bukit Jalil atau pun Stadium Shah Alam mempunyai kawasan yang agak luas keliling bangunan stadium tetapi berbeza dengan stadium Chelsea ini. Kawasan stadium ini terletak di tepi jalan raya dan dihimpit oleh pelbagai bangunan bersebelahan.
welcome to Chelsea FC

Kami mengambil kesempatan mengelilingi stadium ini sebelum mendapatkan tiket untuk stadium tour.
  
laluan ke east stand
The Chelsea Club




tong sampah pun Chelsea uols!

Ini pula adalah bahagian depan stadium. Di sini berdiri megah tugu Peter Osgood. Siapa Peter Osgood?



Peter Leslie Osgood merupakan seorang pemain bola hebat sekitar tahun 1960-an hingga 70an. Beliau memulakan kariernya dengan pasukan Chelsea sebelum mengakhiri kariernya juga dengan Chelsea setelah pernah menyertai Southampton dan dua pasukan lain. Sikap playboy menyebabkan beliau tidak digemari oleh jurulatih yang mengakibatkan kariernya terbatas walaupun merupakan pemain yang sangat handal malah sering membantu Chelsea menjaringkan gol. Setelah kematiannya, abunya telah ditanam di kawasan penalti dipadang stadium ini. 

close up

Kami juga mengambil peluang ke Chelsea FC Megastore. Di sini dijual jersi Chelsea, dan pelbagai t-shirt berkaitan Chelsea untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kita juga boleh mencetak nama pada jersi di sini. Selain t-shirt, kedai ini juga menjual barangan lain Chelsea seperti mafla,pen, bola dan bermacam-macam lagi.

100% chelsea? nope

Ini adalah senarai harga tiket masuk pada masa kami datang iaitu €16 untuk dewasa dan rasanya harga tiket telah pun meningkat kepada €19. Kami beli di kaunter sahaja, tetapi boleh juga dibeli secara online. Terkini lawatan stadium bermula 10 pagi hingga 4 petang dan lawatan akan dibuat sekurangnya 2 kali bagi setiap jam. 

Nota:
Jika anda bercadang melawat mana-mana stadium, pastikan telah menyemak di laman web rasmi mereka samada pada hari tersebut ada perlawanan ataupun tidak, waktu operasi, serta jadual tour.

harga tiket masa ini [2011]

Kami memulakan lawatan stadium menuju ke press conferance room. Dalam perjalanan kelihatan miniature stadium Chelsea.

miniature stadium

Sempat juga curi-curi menjenguk padang pasukan biru ini yang sedang dalam penyelenggaraan.

field maintenance

Di press room kami diterangkan bahawa apa-apa press conferance yang berkaitan akan di buat di sini, malah kami juga diberi peluang untuk merasai duduk di meja yang juga pernah diduduki oleh jurulatih dan pemain-pemain Chelsea. 

press conference room
ambil feel 
Seteruskan kami di bawa ke bilik persalinan para pemain. Apa yang ada?


lets!

Well, di sini kami dapat melihat sendiri kemudahan yang disediakan untuk pemain-pemain Chelsea di bilik persalinan mereka. 

tandas

Open shower tau!! mampu?

shower room
massage room

Ruang yang menyebabkan ramai pelawat dan die-hard-fan teruja pastilah bilik persalinan.

Terry dan Lampard
Drogba biasa dengar nama
Ramires juga saya pernah dengar
selesa dan luas
tu dia coach bagi order

Dari bilik persalinan kami di bawa melalui tunnel laluan pemain-pemain Chelsea untuk ke padang. Kami diminta berbaris dan audio dipasang bagi merasai sendiri bagaimana perasaan pemain-pemain sebelum keluar ke padang.


aku orang pentas, padang bukan permainanku

Walaupun saya bukan peminat bola, saya turut rasa teruja dapat menyaksikan sendiri padang stadium Chelsea ini. Padang ini pada pandangan saya agak kecil. Disini kami diberi penerangan tentang perlawanan dan sejarah yang tercipta di padang ini.

biru

Tamat lawatan kami terus ke Stadium Tour and Museum Store. Kali pertama dalam hidup masuk dalam kedai yang terlalu biru macam ni. Biru mata hitamku. Disini terdapat perlbagai barangan yang bercetak logo Chelsea seperti mug, gelas, robe, key-chain, note book dan 1001 jenis barang lain. 

konon nak try robe

Siapa peminat tegar Chelsea, kalau ke London wajibkan lah diri anda datang ke sini. Takkan menyesal, worth every pound.

Chelsea College


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites