Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Pahang Engineer's Run 2018


Saya, Mazieera, Didie, Beep, KJ, Faiz & Edy mendaftar untuk Pahang Engineer's Run 2018 yang berlangsung pada 15 April 2018 di Universiti Malaysia Pahang, Pekan. Ada 3 kategori 5KM/10KM/21KM. KJ ambik 21 KM. Kami yang lain semua 10KM.


Well bila dah dekat dengan hari kejadian, penganjur memaklumkan bahawa route larian terpaksa diubah atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan kami yang 10KM ni kena lari 2 pusingan di laluan yang sama.


Thank you KJ dengan Faiz tolong ambilkan race kit. Part paling lawak baju untuk peserta 10KM ada tulisan 21KM Finisher. Bengang aje orang yang lari 21KM ye


Awal pagi kami dah berkumpul di parking lot yang penganjur dah vacate untuk peserta yang datang. Dekat dengan toilet dan juga surau. Sayangnya Beep tak dapat nak join, anak-anaknya demam.

KJ tak de dah ke starting point
photobomb paling win!

Cuaca memang tip top la on that day, tapi by 6.30 pagi pun dah rasa macam panas. 10KM berlepas dalam pukul 7.30 pagi. Matahari dah tegak uols.


Well untuk larian ni tak de record time. Makanya semua peserta kena pastikan dapat gelang untuk sahkan larian. Untuk 10KM kena ada 3 gelang. Pink, kuning dan biru.


Genap je 10KM rasa tak larat nak lari dah. Jalan je lebih. Cuaca yang teramat sangat panas. Water station hanya ada satu, so since kami lalu 2 kali dekat route yang sama makanya 2 kali je la dapat minum air.


Most important berjaya menamatkan 10KM tanpa apa-apa kecederaan walaupun lepas dah sampai tu rasa nak pitam pun ada panas sangat. Looking forward my other actual run dan juga virtual run.

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites