Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Menarik di Kuala Lipis, Pahang


Kuala Lipis. Salah satu daerah yang ada dalam negeri Pahang. Famous disebabkan oleh penyanyi pujaan ramai Siti Nurhaliza yang berasal dari sini. Loghat yang di gunakan oleh masyarakat di Kuala Lipis juga berbeza banding dengan daerah-daerah lain di Pahang. Sebenarnya tiap-tiap daerah di Pahang menggunakan loghat yang berbeza. 




Apa yang saya suka sangat tentang Kuala Lipis ialah di sini masih banyak lagi bangunan tinggalan sejarah which I'am very glad kerajaan negeri tak robohkan tapi preserve.

1) Rumah Residen 1922

Rumah kediaman Hugh Clifford, residen British di Lipis at that moment. Majlis Daerah Kuala Lipis should do something about bangunan residen ni. Before ni elok bersih sebab jadi rumah rehat. Ni dah terbiar and maybe jadi tempat melepak,sampah banyak. Dah tak macam dulu.

2) Pahang Club 1907

Asalnya di diami Hugh Clifford sebelum pindah ke Bukit Residen. Kemudian di diami Inspektor Polis British dan akhirnya jadi rumah kelab untuk pegawai-pegawai British dan orang ada-ada.


What i like about this building ialah 111 tahun dulu pun inilah bangunannya. Tidak dibega-bega melainkan penambahan siling dan kipas di sebelah dalam. I wish someone take over this place dan jadikan cafe ala era British lengkap dengan dekorasinya. Mesti melets. But kos tinggi la. Currently tempat ni pun memang cafe. 

3) Bangunan Pentadbiran 1919

Bangunan pentadbiran ini merupakan bangunan yang menempatkan pejabat pegawai-pegawai British termasuk Hugh Clifford di tingkat atas dan pejabat kutipan hasil di bahagian bawahnya.


Part paling menarik tentang bangunan ni ialah sampai sekarang masih digunakan sebagai kompleks kerajaan yang menempatkan beberapa buat jabatan antaranya Pejabat Daerah, Pejabat Kastam dan Jabatan Kerjaraya (JKR). Dulu Pejabat Tanah Daerah Lipis dan Mahkamah Majistret Daerah Lipis juga di sini. Sekarang dua-dua jabatan ni dah ada bangunan mereka sendiri.


Banyak-banyak bangunan bersejarah di Kuala Lipis bangunan ni yang paling attach dengan saya. Ye la dulu Mahkamah Majistret Kuala Lipis kat sini. Mahkamah era British ko. Masa first time datang terpinga-pinga sebab rasa macam masuk dalam movie.

Just imagine once ko masuk mahkamah dengan kasut tinggi ko akan berbunyi kelentung kelentang atas lantai papan. Meja jurubahasa kat depan bentuk half sfera. Majistret nak naik ke bench tekan loceng bunyi kringgggg and mentol bulat lampu kuning pun menyala. OKT (orang kena tuduh) pulak duduk di side tepi bilik mahkamah yang pagarnya tak sampai pinggang pun. Tu belum lagi ruang pejabat untuk staff mahkamah. Korang kalau tengok cerita P. Ramlee macam tu la lebih kurang.

4) Bekas rumah Setiausaha Kerajaan Pahang 1920

More than 10 years kerja outstation ke Lipis this is my first time singgah ke sini. Rumah ni juga dikenali sebagai rumah tempat kelahiran Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.


Currently rumah ni adalah sebuah muzium yang dinamakan Muzium Warisan Lipis. Bayaran masuk RM1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.


Muzium ni dua tingkat. Di bahagian bawah berkisar tentang sejarah Lipis, keluarga diRaja serta tokoh-tokoh kelahiran Lipis.


Manakala di tingkat atas letaknya sejarah keluarga Tun Abdul Razak di Lipis, kebudayaan, peralatan dan tentang ekonomi serta perlombongan di Daerah Lipis.


Terletak di Bukit Bius, muzium ni terjaga rapi dan bersih. I wish lebih ramai orang yang singgah ke sini kalau datang ke Lipis ni.


5) Stesen Keretapi 1926

Stesen keretapi ni betul-betul menggamit memori masa kecil. Nak balik dari Padang Tengku ke Temerloh. Kena turun di Mentakab, tak pun Kerdau. Tapi punya la tak suka turun di Kerdau sebab tak de platform. Nak kena melompat turun.


Stesen keretapi sangat lengang berbanding dulu. Mungkin dulu ini adalah pengangkutan utama. Tak ramai yang ada kereta walaupun dari Padang Tengku ke Kuala Lipis. Tak tahulah kot masa saya datang ni hari kerja, maybe hujung minggu lebih happening. Yang penting stesen ni masih beroperasi.



6) Masjid Lama 1888

Masjid ni letaknya di tepi Sungai Jelai. Kalau masuk ke bandar lama Lipis nak ke bandar baru for sure memang lalu masjid ni. Masjid ni pernah dijadikan masjid negeri ketika Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang. Well,walaupun dah ada masjid baru yang jauh lebih besar, masjid ni masih digunakan tau.

7) Batu tanda 0 kilometer

Letaknya disebelah Pejabat Pos. Permulaan kiraan jarak perbatuan dari Kuala Lipis ke daerah-daerah lain di Pahang. Kenapa? Dulu Kuala Lipis ialah ibu negeri Pahang sebelum ditukar ke Kuantan.

8) Pejabat Pos 1910

Pejabat pos ni tepi jalan besar je. Kalau masuk ke bandar lama Lipis, memang tipula kalau tak nampak. At first dulu-dulu memang tak sangka pejabat pos ni dah lama, rupanya telah banyak kali diubahsuai. Masih berfungsi hingga sekarang. Pernah diiktiraf Pejabat Pos Terbaik di Malaysia pada tahun 2004.


Istimewa pejabat pos Lipis ni terletak betul-betul sebelah landasan keretapi. Lepas tu ada taman mini pulak tu boleh la untuk duduk-duduk rehat.


9) Tokong Thean Hou 1898

Dibina menghadap Sungai Jelai dipercayai untuk tujuan melindungi nelayan. Actually tokong ni telah dibina semula selepas banjir besar. Dalam tokong ni ada batu berukir kisah sejarah tokong ni.

Sebenarnya ada beberapa lagi bangunan tinggalan era penjajahan British ada di Kuala Lipis seperti Sekolah Clifford, Rumah DO dan Asrama jururawat. 


Kak Cik Nasi Kukus


Bonus. Tak sah la sis kalu pergi mana-mana tak de aktiviti makan kan? Mana la tau korang kena kerja kat Lipis ke, ada wedding ke, nak jugak tau tempat makan kat sini kan? Hampir tiap kali datang ke Lipis saya akan singgah makan kat restoren ni. Masa first time makan dulu, kedai dia dekat tempat lain.


Kalau nasi kukus tempat lain siap dengan tepung rangup krup krap krup krap bertaburan, kat sini memang simple je. Tapi ayamnya sedap, tak lokek pulak tu bagi kuah.



UPDATE
Kedai Kak Cik Nasi Kukus ni dah berpindah ye ke bangunan kedai betul-betul baris depan Dewan Jublee Lipis.



4 comments:

  1. Kak cik nasi kukus tu mmg sdp.. Skrg pon dh pndh tpt lain... Area balai polis dh...

    ReplyDelete
  2. semua tempat-tempat ni dekat satu sama lain ke? boleh jalan kaki saja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg dekat mcm pej pos, km 0, ada yg kena naik kereta

      Delete

7 Days, 7 Favourites