Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

From Taiping With Love


Dari lebuhraya Utara-Selatan kami ambil susur keluar Changkat Jering. Selepas bayar tol sampai dekat traffic light tu ambil kiri. Jangan laju sangat, dari traffic light lagi dah boleh nampak signboard besar tunjuk arah restoren mee udang ini.

Restoren Mee Udang Nur Zetty
NO 19, Batu 7, Jalan Trong
34850 Changkat Jering
Perak

Waktu operasi : 11 pagi hingga 12 malam
(tutup pada hari Isnin)

depan restoren

Jarak dari traffic light ke susur menghala ke restoren dalam lebih kurang 50 meter sahaja. Selepas belok kanan terus sahaja ke belakang. Restoren ini terletak dalam kampung jadinya kena melalui beberapa rumah penduduk kampung. Depan sedikit dari restoren disediakan tempat parking.

mee udang RM7

Saya memilih mee udang biasa sahaja. Memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Jadilahkan? Janji merasa. Kuahnya tidak terlalu pekat, dan bagi saya ada mee udang yang lebih enak daripada mee udang ini. Selain mee udang biasa kita juga boleh memilih mee udang special serta pelbagai lagi masakan panas.

Dari mee udang kami menuju ke pekan Taiping. Bila sebut Taiping mesti teringat majalah Ujang dan salah satu komik yang popular adalah from Taiping with Love. Kisah-kisah lucu percintaan uda dan dara yang berdating di Taman Tasik Taiping. 

from taiping with love

Taman Tasik Taiping ini memang telah lama popular dikalangan warga tempatan mahupun pengunjung dari luar. Malah klip video lagu "Seiring dan Sejalan" nyanyian Sharifah Aini dan Broery Marantika juga dirakam di sini.

Taman Tasik ini dibina atas lombong terbiar sekitar tahun 1880 mempunyai 10 tasik dan kolam. Terdapat juga kolam teratai, trek joging serta refleksologi. Malah untuk kanak-kanak terdapat taman permainan, gelanggang kasut roda juga boleh menaiki bot.  

pemandangan indah di tasik taiping

Apa yang menakjubkan pandangan adalah pokok-pokok angsana yang terletak di tepi jalan. Sangat besar hingga hujung dahannya hampir mencecah tasik. Berlatar belakangkan Bukit Larut, taman tasik ini merupakan yang tercantik yang pernah saya jejak kaki.

cantikkan?

Disebabkan keindahannya maka tasik ini merupakan pilihan utama pengantin dari kawasan sekitar untuk sesi outdoor photoshoot. Sepanjang kami berada di tasik ini tak tahu berapa ramai pasangan pengantin yang sedang berposing. Malah disebabkan kami datang waktu cuti, taman tasik ini memang dipenuhi dengan pengunjung.  Agak sukar untuk mendapatkan gambar-gambar disekitar tasik. 

finally dapat tempat duduk

Selain Tasik Taiping, di sini juga terdapat tarikan lain iaitu Maxwell Hill atau sekarang dikenali sebagai Bukit Larut dan Zoo Taiping yang popular dengan night safari. Malangnya tak mampu nak singgah kerana terlalu ramai pengunjung. InsyaAllah suatu hari nanti akan datang lagi pada waktu yang lebih sesuai.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites