Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

London [part 2] : Underground

[Travel 2011]

Hari pertama di London saya bangun awal pagi. Bancuh air di dapur dan duduk di tepi tingkap memerhatikan warga London menjalani kehidupan mereka pada pagi itu sementara menunggu rakan-rakan lain bersiap. 

Tempat pertama yang ingin kami jejak ialah Hyde Park. Kami menaiki tube menuju station tube terdekat dengan Hyde Park. Dari situ kami berjalan kaki sahaja ke taman tersebut. Selain menaiki tube, kita juga boleh menaiki bas untuk ke Hyde Park atau kalau nak lagi jimat jalan kaki je.

NOTA
Banyak pamplet laluan Underground dan juga laluan bas diletakkan di hentian-hentian tube dan hentian bas. 

peta laluan London Underground

Hyde Park

Hyde Park merupakan taman yang paling besar di London. Ianya berkeluasan 142 hektar terdiri dari beribu-ribu batang pokok, tasik yang besar, padang rumput dan bunga-bunga. Oleh kerana kami datang pada penghujung musim sejuk memasuki musim bunga, pemandangan memang sangat indah di taman ini.







Banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini antaranya jogging, berjalan-jalan, berbasikal, skating malah boleh berenang jika musim bersuaian. Taman permainan kanak-kanak juga ada di sini. Taman ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung.



Selain daripada kemudahan aktiviti dan riadah, terdapat pelbagai monumen dan bangunan menarik di taman ini. Antaranya The Serpentine Bridge, The Joy of Life Fountain, Archilies Statue dan Diana Memorial Fountain.





Royal Albert Hall

Kami berjalan menyusur luar Hyde Park dan melalui satu bangunan berbentuk separuh sfera yang terletak di sebelah selatan Kensington Garden . Bangunan yang dikenali ramai iaitu Royal Albert Hall.


Kensington Gore
London SW7 2AP
United Kingdom

Royal Albert Hall merupakan dewan yang selalu digunakan untuk tujuan konsert, dan setiap tahun di sini diadakan prom konsert sejak musim panas 1941. Malah artis popular Malaysia, Siti Nurhaliza juga pernah mengadakan konsert di dewan ini.



Albert Memorial yang terletak dalam kawasan Kensington Garden menghadap ke arah dewan ini yang dibina sebagai tanda ingatan Permaisuri Victoria terhadap mendiang suaminya, Putera Albert. 

tugu Prince Albert berwarna gold diletakkan ditengah-tengah





Buckingham Palace


Aktiviti diteruskan lagi dengan berjalan menuju ke arah Istana Buckingham. Pemandangan kiri kanan yang cantik, laluan semakin teratur. Banyak kelihatan polis berkuda di kawasan ini, malah ada lampu isyarat lagi.  


yang naik kuda stop!
laluan menuju Istana Buckingham

Istana Buckingham merupakan kediaman rasmi Permaisuri dan merupakan kediaman utama diraja di London. Istana ini merupakan kediaman rasmi di London dalam sistem monarki sejak tahun 1837 dan Permaisuri Elizabeth adalah yang pertama dari sistem monarki yang mendiami istana ini.

Buckingham Palace
London SW1AA
United KIngdom

Istana Buckingham
Istana ini mempunyai 775 bilik, termasuk 19 bilik negeri, 52  bilik diraja dan bilik tamu, 188 bilik kakitangan, 92 buah pejabat dan 78 bilik air.

pagar depan istana. tinggi sungguh
close up The Royal Coat of Arms 

Kalau ke Istana Buckingham ini tarikan utama pastilah Queen's Guard. Jika Permaisuri ada di istana, 4 orang pengawal akan bertugas. Tetapi jika Permaisuri tiada, hanya 2 orang akan bertugas. Mereka akan berdiri tanpa bergerak untuk tempoh lebih kurang 10 minit di hadapan kotak pengawal masing-masing. Sekali sekala mereka akan berkawad. Pengawal  diraja ini bertugas selama dua jam dan akan berehat untuk empat jam. 

Acara pertukaran pengawal akan dijalan secara selang sehari pada musim luruh dan sejuk, dan setiap hari pada musim bunga dan panas. Acara ini akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang 45 minit. Kebiasaannya pertukaran pengawal dibuat pada pukul 11.30 pagi. 

pengawal diraja dalam pakaian musim sejuk 

Di hadapan istana ini, tersergam Victoria Memorial. Monumen berketinggian 25 meter. Patung ukiran Permaisuri Victoria menghadap ke arah istana.

Victoria Memorial

Untuk ke pintu masuk utama istana, kami perlu melalui laluan belakang pintu gerbang pengawal berkuda. Padang di kawasan ini agak luas yang mana digunakan untuk perarakan berkuda.

laluan belakang pintu gerbang pengawal berkuda

Bertembung pula dengan pengawal dari pasukan berkuda yang mungkin baru habis tugas. Apalagi, minta bergambarlah. Pasukan berkuda juga dikenali sebagai The Household Cavalry.

gambar pengesahan jejak kaki di London heee

Kami seterusnya menuju ke pintu masuk utama rasmi yang turut menempatkan pasukan berkuda istana. Di sini adalah pintu utama untuk masuk ke Istana Buckingham dan juga Istana St James.

awas!
pengawal berbaju merah adalah Life Guard

Diluar pintu gerbang kelihatan ada beberapa gerai cenderahati. Ketika ini (Mac 2011) Prince William masih belum berkahwin lagi dan rakyat Britain khasnya begitu teruja tentang perkahwinannya. Kebanyakan cenderahati yang dijual memaparkan wajah Prince William dan juga Kate Middleton. 






St James's Park


Taman ini berkeluasan 57 hektar dan mempunyai sebuah tasik. Taman ini terletak berdekatan dengan Istana Buckingham.




Ditaman ini juga terdapat banyak burung undan yang asalnya dihadiahkan oleh kedutaan Rusia. Kini burung-burung undan ini menjadi daya tarikan utama di taman ini dan jika bercadang untuk menyaksikan burung undan ini, ia akan diberi makan lebih kurang pada pukul 2.30 petang.

St James's Park Lake
macam Korea atau Jepun pulak

Pemandangan sangat indah di taman ini dengan pokok yang tidak berdaun dipenuhi dengan bunga-bunga daffodil dibawahnya.







The Diana, Princess of Wales Memorial Walk


Laluan ini dibina sebagai tanda ingatan kepada mendiang Puteri Diana. Ditanda dengan 90 plak, ia membawa kita melalui 4 taman iaitu Hyde Park, Kensinton's Garden, Green Park dan St James's Park

salah satu plak

Melalui laluan sejauh tujuh batu ini juga, kita dapat lihat 3 istana dan 2 rumah yang berkait rapat dengan Puteri Diana ketika hayatnya iaitu Istana Buckingham, Istana Kensington, Istana St. James, Rumah Clarence dan Rumah Spencer (rumah lama keluarga Puteri Diana).


Monumen


Sepanjang berjalan bermula dari Hyde Park banyak monumen yang ditemui. Setiap satunya ditujukan kepada peristiwa tertentu.


Livingstone Statue at The Royal Geographical Gallery

Royal Artillery Memorial

Memorial Gate ditujukan buat askar-askar dari Africa, Caribbean dan India  

The Memorial Gate Panel

The Cenotaph
The Women of World War II


Houses of Parliament-Eye of London


Palace of Westminster merupakan tempat mesyuarat kepada dua parti iaitu House of Lords dan House of Commons hingga bangunan ini lebih dikenali sebagai Houses of Parliament.



Westminister
London SW1A 0AA
United Kingdom



Walaubagaimanapun, Elizabeth Tower iaitu menara jam dibangunan ini lebih popular dikalangan penduduk tempatan mahu pun pelancong hinggakan lebih dikenali dengan nama gelaran Big Ben.


Big Ben asalnya adalah nama gelaran kepada loceng besar pertama yang diletakkan di menara jam. Pada masa kini nama Big Ben ini meluas digunakan untuk merujuk kepada menara jam ini.


Big Ben
Dari seberang jalan Big Ben ini juga dapat kita lihat jeti sungai Thames, para pelancong beratur untuk menaiki feri bagi menikmati pemandangan London dari sungai Thames. Di seberang sana tersergam Eye of London. Kami tidak ke sana. Sampai di depan Big Ben ini pun rasa dah separuh mati jalan kaki.




NOTA
Kalau tak larat atau malas berjalan, boleh naik hop on-hop off bas untuk menikmati pemandangan bandar London.



Malaysian Hall

Lewat petang kami pergi juga ke Bayswater, teringin nak ke Kantin Malaysian Hall. Malangnya sebab kurang persiapan dan tidak ambil alamat lengkap kantin, kami tak jumpa di mana kantin tersebut.


Malaysia Hall London
30-34 Queensborough Terrace
Bayswater
London W2 3st

NOTA
Area Bayswater, memang ramai student Malaysia atau pun warganegara Malaysia yang makan-makan atau jalan-jalan di sini. Kami cakap melayu je masa cari arah Malaysia Hall.

Di kawasan ini juga tempat membeli cenderahati dengan harga yang murah berbanding tempat lain.




Padahal kantin tu sebenarnya satu baris je dengan Malaysia Hall pfftt!! Sesiapa yang teringin makan makanan Malaysia dengan harga yang murah dan munasabah mesti datang ke sini tau. 

Malaysia Hall London Canteen
34 Queensborough Terrace
Bayswater
London W2 3st

Harga kuih muih bermula dari 50 pence, manakala manisan atau bubur manis pula berharga antara £2-£2.50. Nasi campur pula berharga antara £3-£5.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites