Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sri Ayutthaya

patung gajah menyambut ketibaan pengunjung

Siapa yang selalu ke area Wangsa Walk mesti perasan ada satu bangunan dekorasi ala Thailand di mana terletaknya Restoren Sri Ayutthaya ini. 

Sri Ayutthaya
2 Jalan Wangsa Delima
53300 Wangsa Maju

dekorasi pada buku menu
sedikit kata-kata pengenalan dari restoren

Restoren ini luas sesuai untuk majlis dan keraian. Suasana dalamnya ekslusif seperti di dalam hotel. Ketika kami sampai hanya ada beberapa meja sahaja yang diduduki pelanggan. Mungkin lebih ramai disebelah malam.

suasana dalam restoren

Berikut adalah minuman dan makanan yang kami pesan. Jom tengok, kena atau tidak dengan selera dan budget anda. Untuk minuman kami pesan air lemon madu dan teh o ais serai. Kedua-duanya memang sedap.

teh o ais serai RM3.67 dan lemon madu RM9.34

Selalu makan nasi putih je, kami pilih juga nasi nenas sebagai tambahan. Untuk saya, tidak boleh la katakan nasi goreng ini sebagai menu yang digemari.

nasi goreng nenas RM20.66

Tak lengkap menu makanan ala thai kalau tak order kerabu mangga. Kerabu mangga di sini memang sangat enak. cukup rasa masam, masin, manisnya. Mangganya juga segar dan tidak terlalu masam.

kerabu mangga RM 16.88

Tomyum seafood kami pilih kerana lauk lain tidak berkuah. Enak, walaupun agak kuat rasa tomyumnya. Walaubagaimanapun pada pendapat saya, saiz tomyum ini tidak berpadanan dengan harganya.

tomyum seafood RM15.94

Sayur kami pilih kailan goreng bawang putih. memang sangat sedap. Rasanya masakan kailan bawang putih di sini paling sedap yang pernah saya makan. Sempurna.

baby kailan goreng bawang putih RM23.49

Taufu lembut masak ala thai memang selalu jadi pilihan saya jika makan ditempat lain. Di sini juga saya order dan taufu yang dihidangkan memang sedap dimakan. Luarnya garing dan dalamnya lembut gebu. Yang paling istimewa adalah sosnya. Lain dari yang pernah saya makan.

taufu lembut ala thai RM18.77

Kami juga pilih siakap stim. Saya kurang gemar hidangan ini. Agak kering dan kurang enak bagi citarasa saya.

siakap stim RM45

Untuk pencuci mulut kami pilih thab thim grob. Memang sangat sedap. Pekat dan mewah. Order satu mangkuk sahaja dan dikongsi bertiga.

thab thim grob (water chestnut) RM9.33

Total damage di sini adalah RM203.20 untuk 3 orang termasuk nasi putih 2 mangkuk (RM3.67 satu) dan air masak (RM0.84 satu)

Pro

1) Restoren luas dan selesa.
2) Kerabu mangga, kailan dan manisan sangat sedap.

Kontra

1) Terlalu mahal. Boleh dapat makanan thai yang jauh lebih enak dengan harga yang jauh lebih murah dalam KL.
2) Tak semua makanan di sini sedap.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites