Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Ada Apa di Kuala Selangor?




Aim aktiviti utama adalah ke Bukit Melawati . Sebuah pekan kecil tapi bersejarah. Kami memilih untuk menaiki tramp naik ke kompleks sejarah Bukit Melawati dengan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak (tidak termasuk GST)


penerangan tentang Bukit Melawati
pintu gerbang untuk naik ke atas
ready to depart!
enjoy sangat naik tram

Kalau berjalan kaki lebih baik kerana boleh singgah di beberapa tempat bersejarah selain rumah api dan muzium seperti perigi beracun, tangga seratus, meriam penggawa, makam di raja dan telaga tujuh. 



pintu masuk muzium

rumah api

Terdapat banyak meriam yang diletakkan di dalam kawasan muzium juga di benteng menghala ke laut.


dalam kawasan muzium
meriam yang menghadap ke laut

Kalau nak tahu, di Bukit Melawati ini juga merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan Ramadan dan Syawal serta tempat cerapan bulan bagi bulan-bulan islam yang lain.

bangunan tempat cerapan anak bulan dijalankan

Mana-mana yang penyayang dengan haiwan boleh beli makanan yang dijual untuk diberi makan kepada lotong, bukan lontong yang makan time raya tu tau. Lotong spesis monyet. Ada pisang dan kacang. Lotong ni sifatnya lebih lembut. Tapi jaga-jaga, siap dipanjatnya badan kita masa bagi makan tu. 

gigih kau kan?

Tidak jauh dari muzium, di kawasan sedikit berbukit terdapat batu hampar. Dikatakan di atas batu ini dijalankan hukuman pancung.

kisah di sebalik batu hampar
batu hampar

Busut Melawati, di mana terdapatnya sebatang pokok besar tempat Sultan menyaksikan sabung ayam.

Busut Melawati

Dah puas bagi makan lotong dan berpeluh sakan berjalan ke batu hampar kami turun semula menaiki tramp juga. Tramp akan naik dalam 30 minit sekali kot. Part paling best masa dalam perjalanan nak turun lepas Makam di Raja tu ada selekoh tajam, tramp bertukar jadi roller coaster. Kami  semua yang duduk paling belakang menjerit-jerit termasuk budak-budak kecik dan mak bapak budak. Yela, dan la turun bukit, lipat maut pulak tramp tu dekat selekoh. Sabar aje la. Lepas tu ramai-ramai gelak kah kah kah.  

tramp

Tramp ni akan turun dari Bukit Melawati dan memusing keliling pekan di situ. Terhibur pulak rasa dapat memusing pekan naik tramp. Kemudian tramp akan berhenti singgah di Taman Ikan Air Tawar sebelum ke destinasi terakhir iaitu tempat mula-mula menunggu tramp.

Taman Ikan Air Tawar

Balik dari Bukit melawati kami dah kepenatan, balik bilik dan berehat je. Malamnya kami ke Medan Selera Jeram, nak makan seafood la apa lagi. Memang segar seafood di sini.


sotong goreng tepung
siakap tiga rasa
ketam cili

Usai makan malam kami terus menuju ke Kampung Kuantan. Apalah lagi kalau bukan untuk menikmati keindahan malam dihiasi cahaya dari kelip-kelip.


tajaan TNB
alami keindahan malam ditemani sinaran kelip-kelip
penerangan tentang kelip-kelip
posing dulu

Satu perahu kosnya RM50, maksimum boleh naik 4 orang. Kami naik berdua je. Pakcik yang bawa kami ramah orangnya. Dia menerangkan tentang jenis pokok yang ada di situ dan digemari kelip-kelip, malah menerangkan perbezaan antara pokok-pokok di sini dan juga jenis pokok yang diminati kelip-kelip ditempat lain. Oh ye, jangan la pula jangka kelip-kelip di sini ni meriah cahayanya macam pokok krismas seperti dalam iklan TNB tu. Tu dah edit ye.

ready to depart

Keesokkan harinya kami hanya bersarapan di cafe The Kabin dan menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang sebelum check out untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami sempat juga singgah di Cendol Bakar. Di sepanjang jalan ke Cendol Bakar kelihatan banyak gerai dan restoren yang menjual karipap besar dan juga mee udang.

Cendol Bakar ni dah macam foodcourt dah. Macam-macam jenis makanan ada di sini, bukan cendol semata-mata. Kami memilih untuk menikmati kepak ayam, cendol pulut dan cendol biasa, serta lempeng yang sangat enak. Cubalah kalau datang ke sini nanti.

cendol. sedapnya
kepak ayam madu
lempeng pisang
sedap sangat ni wey!
muka-muka gembira dapat makan 

Kami meninggalkan Kuala Selangor dengan pengetahuan bertambah, perut yang kenyang dan hati yang gembira.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites