Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Bratislava, Slovakia


Dari Vienna kami ke Bratislava, Slovakia. Since tak jauh, kami buat day trip aje. Hari yang kedua di Vienna kami ke OBB cari tiket. Tak mau main redah aje pagi esok. The best part tentang tiket ni ialah selain pergi balik Vienna-Bratislava, tiket ni pun boleh guna naik public transport di Bratislava! Best tak?


Seperti trip-trip yang lain, dari Vienna kami juga gerak awal pagi ke Bratislava. Perjalanan lebih kurang dua jam berhenti di Brastilava Hlavna Stanica. Cuaca sangat cantik walaupun sejuk yang teramat sangat. Kami terus sahaja naik tramp untuk ke bandar Bratislava. Bratislava, ibu negara Slovakia yang merupakan sebuah negara yang kecil sahaja. 


Kami turun dan berdekatan dengan Univerzita Komenskeho/Comenius University yang bangunannya betul-betul terletak di tepi traffic light. Dari situ kami menyeberang jalan dan berjalan menyusuri sungai Danube.

Dari jauh dah kelihatan jambatan UFO. Kenapa namanya Jambatan UFO? Kerana binaan restoren yang terletak di atas jambatan ni mirip kepada bentuk UFO yang mendarat atas jambatan. Betul tak?  


Kami terus berjalan lagi mencari bangunan Slovak National Theater untuk berkumpul di dataran berdekatan bagi mendapatkan khidmat free walking tour. Cuaca sangat cantik di sini walaupun musim luruh. Tapi anginnya ya tuhan...kuat sungguh. Memang sejuk yang teramat sangat.

Di dataran ni kelihatan banyak booth-booth menjual cenderahati kepada pelancong dibuka di sini. Fridge magnet semurah €1 ada di jual. Kiranya dari negara pertama yang mulakan trip ini, di sinilah pertama kalinya jumpa fridge magnet €1.

NOTA

Jika sekiranya jumpa cenderahati yang anda berkenan dan anda tidak bercadang untuk berlama-lama di tempat itu, lebih baik terus grab instead of nak datang semula (yang kemungkinan tak jumpa jalan) atau pun tak sempat datang semula.  


Selepas beli fridge magnet dan bergambar sana sini, kami berkumpul berhampiran dengan tugu Hviezdoslav. Hviezdoslav ni merupakan penulis terkenal yang berasal dari sini. Pembahagian kumpulan di buat dan kami dapat guide bernama Dominika.


Dominika merupakan student medic yang buat part time dengan menyertai free walking tour. Cun kan? Yang tak best sikit dengan Dominika ni, terlalu laju bawak kami. Samada berjalan atau pun bagi penjelasan. Dua-dua laju. Tak sempat nak menghayati.

Haaa tengok tugu/patung ni. Nama dia Hans Cristian Anderson. Penulis buku tapi paling popular dengan buku-buku fairy tales. Antara hasil karya beliau ialah Thumbelina, The Snow Queen, Emperor' New Cloth  dan The Ugly Duckling.

Hans Cristian Andersan

Kami di bawa Dominika ke Jambatan U.F.O pula, bercerita tentang jambatan ini dan kehidupan masyarakat di sini sebelum kami di bawa ke destinasi seterusnya.


Turun je tangga dari jambatan UFO, kami ke dataran berhampiran dengan St Martin's Cathedral. Actually di gereja inilah berlangsungnya upacara penobatan Permaisuri Maria Theresa, permaisuri pertama yang dilantik sebagai pemerintah di sini suatu masa dulu. 


Dan, part paling menarik, bagi mengenang kembali peristiwa bersejarah ini, plat berbentuk mahkota diletakkan atas jalan. Kalau kita ikut plat-plat ni sebenarnya bawa kita melalui perjalanan acara tersebut. Menarikkan?

NOTA
Ada 178 plat berbentuk mahkota ni. Good luck!
   

Okey, berbalik semula pada bangunan gereja ni. Perasan tak kat dinding belakang tu? Lukisan inspirasi daripada karya-karya Vahn Gough dan dari pelbagai pelukis yang lain. Okey jugak kan? Daripada dinding terbiar kosong dan kusam. Sayangnya macam biasalah, ada vandelism.


Slovakia ni asalnya pecahan dari Czechoslovakia maka tak hairanlah bahasa utama di negara ini ialah Slovak dan Czech selain Hungarian. 

catatan dalam tiga bahasa utama di Slovakia

Di Bratislava ni antara yang popular di kalangan pengunjung adalah patung-patung yang punyai cerita sendiri di sini. Antaranya ialah Cumil. Bukan comel tau tapi Cumil. Cumil ni ialah patung lelaki yang sedang bekerja.


Selain dari Cumil ada juga Ignac Lamar. Satu-satunya patung yang berwarna silver di sini. Patung lain semua warna gangsa. Al-kisahnya si Ignac ni terlalu kecewa dan jadi ting tong akibat cintanya di tolak menyebabkan dia selalu merayau-rayau sambil memberikan bunga pada perempuan secara rawak.


Kami seterusnya di bawa masuk ke Old Town Bratislava. Antara yang mencuri pandang di Main Square ini ialah Roland Fountain ni. Dan ada mitos tentang Roland Fountain ni.


Patung Kesatria ni menghadap ke Town Hall, tapi kononnya sekali setahun tepat waktu tengah malam tahun baru, patung ni akan berpusing menghadap bangunan Town Hall yang lama/terdahulu dan memberi tunduk hormat kepada kepada 12 orang council yang telah terkorban dalam menyelamatkan bandar ini.

Bestkan ceritanya?


Di dalam kawasan Main Square yang paling popular adalah patung Napoleon. Nampak aje macam saya sorang duduk bergambar dengan dia. Beratur eh. Kenapa patung Napoleon ada di sini? Sejarahnya, Napoleon pernah mengepung dan mengebom Bratislava dan juga datang ke sini.


Selalu yang pengunjung rebutkan patung Napoleon yang bertenggek dekat bangku, Actually di seberang bangku tu pula ada geng dia. Askar yang duduk dalam post guard.


Bertentangan dengan Roland Fountain ialah Old Town Hall. Tapi sekarang ni Old Town Hall ni berfungsi sebagai muzium sahaja. Cuba tengok pada Tower yang berwarna kekuningan, nampak tak ada "dot" hitam dekat dengan tingkap tu? 



Tu adalah replika peluru meriam sebagai tanda bandar ini pernah ditakluk suatu masa dulu. Relevan la dengan patung Napoleon kan? 


Kami dibawa pula ke Michael's Gate, yang merupakan pintu masuk Old Town. Di Michael Tower ni letaknya Museum of Arms. Pengunjung boleh menambah pengetahuan tentang senjata api dan pertahanan negara ini suatu masa dulu. 


Di bawah tower ni letaknya bulatan berwarna keemasan yang di kenali sebagai "kilometer zero". Dah kenapa kilometer zero? Kalau tengok betul-betul ialahnya adalah kiraan jarak dari Bratislava ke bandar atau negara lain.


Di tepi Michael Gate & Tower ni kita boleh nampak Galeria Nova dan juga U Kata Bar. Yang ada kepala tukang pancung tu.


Di sebelah U kata Bar ni letaknya Bastova Street yang dikatakan jalan paling tirus di Bratislava dan juga paling romantik. Hmmm kalau minus contengan di dinding tu mungkinla kan?


Kami di bawa pula ke Zupne Square. Dari jauh kelihatan Bratislava Castle nun di atas bukit sana. Haa di Bratislava kami tak masuk castle. Jauh dan kami tak berapa ada mood disebabkan keadaan yang terlalu sejuk di sini, angin memang terlalu kuat.


Yang popular di dataran ni ialah St. Stephan Church dan Trinitarian Church. Dua-dua gereja ni jauh menonjol berbanding dengan bangunan-bangunan lain yang berdekatan.

St Stephan Church
layan pizza cendawan tak jauh dari Trinitarian Church

Dari Zupne Square kami ke The National Uprising Square atau dikenali sebagai, Namestie SNP. Ia adalah lokasi di mana banyak protes terhadap rejim komunis diadakan pada tahun 1989. Pengunjung juga boleh melihat patung-patung yang dibina untuk penghormatan Pemberontakan Slovakia pada 1944 terhadap kerajaan pro-Nazi Slovakia. Dataran ni ada sentimental value kepada masyarakat di sini.



Dari dataran SNP kami ke Blue Church atau nama sebenarnya ialah Church of St Elisabeth. Kenapa di gelar gereja biru? Jelas lagi nyata kerana warna bangunan gereja ni biru. Cantikkan? Macam dalam kisah dongeng je.


Well, free walking tour kami berakhir di sini. Kami ambil keputusan untuk jalan-jalan sendiri dan tershopping pula sementara menunggu petang sikit. Terjumpa pula peti surat ni. Ada dua patung awek lepak di sini. The best part peti surat ni still beroperasi tau. Bukannya hiasan semata-mata!


Dalam pada berjalan-jalan menikmati lorong-lorong berdekatan dengan Old Town terjumpa pula dengan patung kecik pada dinding. Kononnya patung ni ialah pemilik asal bangunan ni yang suka mengendap orang yang lalu lalang dari tingkap kecik. 


Dah berjalan-jalan tu terjumpa pulak Pejabat Majistret di sini. Bukan senang nak jumpa ni. Kena la snap gambar.


Di depan pejabat Majistret letaknya bangunan berwarna pink lembut yang dikenali sebagai Primate's Palace.  Walaupun namanya palace, sekarang bangunan ni dibuka kepada pengunjung untuk dilawat. Di sini banyak tersimpan lukisan-lukisan kerabat Hapsburg serta pelbagai hiasan-hiasan mewah.


Masuk je ke bahagian dalam Primate's Palace ni, bahagian lamannya terletaknya air pancur dan tugu St George. Tugu St George ni di ukir sedang membunuh naga. Lagenda disebalik tugu ni ialah beliau telah menyelamatkan si dara bernama Dubravka dari naga dan sebagai balasannya dia orang kahwin. Eh...macam kisah Rapunzel pun ada.


Dari Primate's palace kami terus mencari bas untuk ke Brastilava Hlavna Stanica dan pulang semula ke Vienna.

NOTA

Boleh cuba minuman Kofola, minuman ringan pengganti Coke yang suatu masa dulu di sekat untuk diimport masuk ke Bratislava. Sudahnya, warga tempatan ambil inisiatif cipta Kofola. Rasa seperti Vanilla Coke

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites