Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Melaka [part 1] : Beruang Hill

pemandangan dari balkoni

Siapa yang nak jalan-jalan Melaka tak dapat penginapan lagi angkat tangan?

Percutian 2 hari 1 malam di Melaka haritu dibuat last minit. Sudahnya memang tak dapatla nak cari hotel/apartment/homestay dalam Banda Hilir yang munasabah harganya. Survey sana sini akhirnya terjumpa dalam Agoda, Beruang Hill Resort. Lelaki 3 orang, perempuan ada 4 dan kanak-kanak 3. Kami putuskan untuk ambil 2 apartment. Asing muslimin muslimat katanya hahahaha senang gitu.

Beruang Hill Resort/Hotel
Lot 91, Seksyen 1
Bukit Beruang Heights
Jalan Bukit Beruang
Hang Tuah Jaya
75450 Melaka

Tel: 06 233 2231

Range harga bilik di sini bermula dari RM148 hingga RM428 bergantung kepada jenis bilik dan hari kita menginap. Tempahan dibuat melalui Agoda dan harga bilik yang kami perolehi ialah RM292.52 (normal RM378) untuk apartment 2 bilik dan RM237.50 (normal RM288) untuk apartment 1 bilik.

Tengok notis dari agoda kata apartment 2 bilik tu memuatkan 4 dewasa, sekali bila check-in huh terkejut sungguh sebab bilik utama diletakkan dengan 2 katil size king dan bilik satu lagi diletakkan dengan 3 katil single. Wow 7 orang (4 dewasa & 3 kanak-kanak) boleh masuk satu apartment tak payah bentang toto.

Bilik air/tandas juga ada 2. Satu dalam bilik utama. Satu lagi bersebelahan bilik satu lagi. Ruang tamu selesa dan dapur yang luas. Balkoninya juga sangat luas kerana bilik kami yang paling tepi. Dan seperti feedback tetamu lain yang kami baca, BERSIH! Ya, memang bersih.

Penyambut tetamu di hotel juga peramah dan di sini juga ada kolam renang sesuai untuk mereka yang bawa anak-anak. Sarapan pagi yang disediakan tidaklah terlalu banyak tetapi enak. Mungkin minggu yang kami datang tu tak ramai yang menginap di situ. Nasi gorengnya memang very the Melaka. Merah kau, jaga-jaga la siapa yang tak kuat pedas macam saya. Makanan berat selain dari nasi goreng, ada juga mee sup, bubur, cornflakes dan makanan barat seperti kentang goreng serta sosej. Yang lainnya saya tak ingat.

Hotel ini juga terletak berdekatan dengan dataran MBMB dan juga Melaka Mall dan juga Jaya Jusco Ayer Keroh. Selain daripada itu, resort ini juga tidak jauh dengan Taman Mini Malaysia. Highly recommend untuk mereka yang datang beramai dan punyai kenderaan untuk ke Banda Hilir.  

ruang tamu
dapur
bilik utama
toilet dalam master bedroom
bilik kedua, toiletnya di luar

2 comments:

7 Days, 7 Favourites