Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Tips Sebelum Melancong




Selain beli tiket flight, booking penginapan, itinerary yang vavavoom, ada beberapa perkara yang wajar dibuat sebelum dan semasa travel. Kadang-kadang dengan langkah yang sekecil ini sangat membantu kita saat melancong.


1) Salinan Dokumen

Buat salinan surat beranak,kad pengenalan dan passport. Print satu set bawa satu salinan. Scan atau snap gambar salinan dokumen-dokumen tadi dan email pada diri sendiri, travel buddy dan ahli keluarga. Whatsapp juga satu salinan pada ahli keluarga.

Selain dokumen-dokumen, email dan whatsapp juga satu salinan itinerary pada ahli keluarga atau kawan-kawan rapat.

Pastikan juga ahli keluarga atau kawan-kawan yang kita hantar salinan dokumen-dokumen dan itinerary tu orang yang mudah dihubungi dan yang mudah berkomunikasi.

Extra tips: Salinan itinerary juga kena standby dalam handbag/hand carry kalau boleh setiap orang. Bukan apa, kadang-kadang pegawai imigresen minta tengok jadual perjalanan kita, atau tanya tempat kita stay.

Extra tips: Dapatkan juga alamat kedutaan Malaysia di setiap negara yang kita akan pergi. 




2) Snap gambar bag

Ini juga langkah keselamatan. Saya dan Ella memang ambil gambar beg-beg kami. Bimbang juga apa-apa berlaku pada beg kami sepanjang perjalanan. Maklum saja merentas beberapa negara. Sekurang-kurangnya kami ada bukti bergambar tentang beg -beg kami jika keadaan memerlukan.


3) Beg kecil/wristlet

Since saya dan Ella berpakat kami akan letak duit belanja harian dalam satu beg sahaja dan ambil giliran jadi bendahari of the day. Kami guna satu wristlet sahaja. Mujur Ella bawak siap-siap.

Di Munich kami nak masuk Octoberfest, rupanya dah tak boleh bawa bag/handbag. Kena tinggalkan dalam locker. Mujur ada wristlet. Kalau tak jenuh jugak la nak pegang handphone, yicam, duit lagi.




4) Anti-theft bag

Takkan kita nak bawa semua duit dan dokumen penting dalam satu beg kan? So, untuk keselamatan saya beli anti-theft bag yang ikat di pinggang. Duit, kredit kad dan passport boleh letak dalam tu. Pakai di sebelah dalam baju. Purse yang letak dalam beg hanya letak duit yang dah budget untuk guna.

Extra tips: Saya juga letakkan kad-kad yang dah tak dipakai dalam wristlet yang kami guna. Contoh kad jusco yang dah expired.


5) Kad Kredit

Sebaik-baiknya bawa kad kredit untuk langkah berjaga-jaga. Bukan apa, mungkin kita perlu beli tiket di sana, atau pun perlu cari tempat tinggal atau kekurangan cash atau apa-apa juga keadaan berlaku sekurang-kurangnya kita ada back up.

Contohnya, saya ke eropah berdua sahaja tapi dua-dua kami aktifkan kad kredit. Fair enough kad kredit travel partner saya tak boleh guna, maka swipe guna kad saya je la.


6) Komunikasi

Sekarang ni wifi ada di mana-mana. Pastikan maintain komunikasi dengan family di Malaysia. Setiap kali hendak gerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain saya akan whatsapp family saya. Sekurang-kurangnya mereka tau pergerakan kita.


7) Ubat/vitamin

Memandangkan cuaca yang sejuk, saya ambil langkah berjaga-jaga juga bawa vitamin. Vitamin C dan multivitamin for woman. Everyday saya dan Ella akan makan vitamin-vitamin ni sepanjang di eropah. Syukur kami berdua sihat sepanjang di sana, walaupun banyak kali berhujan.

Ubat-ubat asas juga kami bawa. Untuk demam/sakit kepala, selsema, batuk, cirit birit dan alahan. Selain dari tu bawa juga handyplast standby kalau luka or melecet, krim panas dan koyok.

Extra tips: Saya juga bawa minyak angin aromaterapi. Letak dalam handbag, sangat berguna masa flight landing di Dubai cuaca buruk dan of course time nak landing tu pun sama teruk. Saya dan Ella memang betul-betul mabuk masa tu. Berebut-rebut kami berdua nak cium bau minyak tu. Mujur la. Tak tau berapa ramai penumpang lain muntah.  



8) Losyen dan Lipbalm

Based on pengalaman-pengalaman lepas dan juga mengenangkan saya ke eropah musim luruh dan memang tentu sejuk dan windy saya tau kalau tak ambil langkah berjaga-jaga, habisla kulit pecah-pecah balik ke Malaysia nanti.

Saya dan Ella bawa losyen untuk kulit kering jenama Rosken. Boleh beli di Watson atau Guardian. Sangat-sangat elok. Balik Malaysia memang kulit tak pecah tak de gatal-gatal semua tu.


Extra tips: Lepas mandi, lap je badan terus lumur losyen baru pakai baju.

Lipbalm saya pakai jenama Nivea. Mungkin lain orang lain brand yang serasi, tapi untuk saya Lipblam Nivea memang sesuai untuk elakkan bibir kering dan pecah. Nivea pun boleh beli di Watson or Guardian.


9) Tuala fiber

Selain menjimatkan ruang, tuala fiber juga cepat kering. Lagi pun tak semua tempat sediakan tuala. Pengalaman kami sendiri, ada rumah yang sediakan towel tapi yang teramatlah keciknya. Sesuai buat lap muka je.

Lagi pun untuk yang muslim, towel juga kita boleh buat sejadah untuk solat. Lepas tu buat bungkus barang yang fragile. Haaaa kira multi purpose towel ni la.


10) Pengetahuan undang-undang/agama

Walaupun ada background undang-undang saya masih minta nasihat dari rakan-rakan peguam yang mahir dalam bidang masing-masing khasnya jenayah dan dadah sebelum travel. 

Selain dari tu, saya juga minta nasihat rakan-rakan yang mahir bidang feqah, khasnya tentang ibadah dan makanan ketika travel. Just because kita akan berada di luar negara tak bermakna kita boleh buat sesuka hati. Betul tak?





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites