Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Fussen, Germany



Siapa peminat fairytales angkat tangan!

Korang mesti pernah tengok cerita Sleeping Beauty kan? Ala, Princess Aurora yang tertidur sebab jari dia kena jarum tu? Lepas tu, siapa yang pernah ke mana-mana Disneyland korang perasan tak rekaan istana Puteri Aurora? Haaa istana tu diilhamkan dari Istana Neuschwanstein dekat dengan Fussen ni la.

Nak datang sini tak payah pakai tour guide pun boleh tau. Lagi jimat. Janji korang rajin buat homework. Kalau korang gerak dari Munich macam saya, bolehlah ikut style kami. 

Sebelum bertolak ke Eropah kami telah pun membeli siap-siap Prince Ticket iaitu gabungan tiket masuk ke Neuschwanstein Castle dan King of Bayern Museum yang berharga €21.50. Masuk je laman web istana tu dan pilih tiket yang korang minat nak masuk. Bukan apa senang hati sikit kalau dah beli tiket dan boleh kami rancang perjalanan untuk bertolak ke sana. Tiket-tiket masuk boleh dibeli secara online selewat-lewatnya tiga hari sebelum ke sana. 

Perkara pertama yang korang kena buat ialah bangun pagi. Kenapa? Train ke Fussen iaitu pekan di mana letaknya istana-istana tu hanya beroperasi di sebelah pagi sebanyak 3 trip. Iaitu pukul 7.53 pagi, 8.04 pagi dan 9.53 pagi.

NOTA
Sila double cek jadual keretapi kerana kami dapat naik train ke Fussen pukul 8.40 pagi

Makesure korang beli ÖBB Bayern tiket ye, kerana tiket ni dapat cover perjalanan korang ke Fussen ni even dari stesen berdekatan dengan penginapan korang ke Hauptbahnof (HBF). Even Bayern tiket ni juga valid digunakan untuk menaiki bas dari stesen keretapi Fussen ke Hohenschwangau Village. Harga tiket adalah €28 untuk dua orang. Dah sampai HBF pergi ke arah OBB platform.



Kami sendiri sangat huru-hara masa sampai di HBF. Bukan apa, tak tau nak naik di platform mana. Mana arah nak tuju. Dah la masa tu dah nak pukul 8 pagi. Ikut carian kami ada keretapi ke Fussen yang akan gerak pada pukul 8.04 pagi. Mau tak kecut perut memikirkan takut terlepas keretapi sebab kami dah beli tiket masuk istana awal-awal lagi dah! Takut burn je. Tiket masuk istana kami pukul 11.50 pagi! Mujur la mulut ni jenis rajin nak tanya orang dan dapat pula tanya dengan orang yang betul. Dia pun hari sebelumnya ada masalah macam kami dan minta kami ke kaunter untuk print jadual perjalanan. 

NOTA
Jangan lupa ke kaunter pertanyaan dan dapatkan jadual perjalanan keretapi.

pandai-pandai la nak baca jadual ye

Lepas print jadual perjalanan, barulah hati rasa lega sangat ada keretapi akan gerak pada pukul 8.40 pagi, dan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Keretapi untuk ke Fussen terletak di platform No 31. Sebelah kanan bahagian luar kalau dari pintu masuk utama ÖBB.



Tiba di stesen keretapi Fussen, ikut je semua orang keluar dari stesen tu. Semua nak ke istana pun. Di sebelah stesen keretapi dah nampak 2 bas warna merah sedang menunggu. Bas no 78 arah Hohenschwangau Castle. 


Bas akan turunkan kita di hentian Hohenschwangau Castle dan kita kena jalan sikit ke kaunter tiket. Di sana ambil "reserve lane" dan tunjukkan pada kaunter bukti pembelian tiket secara online dan petugas akan print tiket-tiket kita. Saya sangat galakkan beli tiket masuk istana awal-awal kerana macam kami sendiri terkena datang musim Octoberfest, manusia tak payah cakap punyalah ramai. Mujur sangat dah siap beli. Yang datang walk ini berbaris tak ingat punya panjang.  

NOTA
Pastikan selewatnya kita ambil tiket tidak kurang dari satu jam dari time masuk ke istana.

ni dah petang. lengang je. kalau tak...
senarai tiket dan jadual tour

Dah ambil tiket kena jalan lagi ke depan. Kita akan lalui Hotel Muller Cafe di sebelah kanan. Untuk ke istana kalau korang gagah boleh jalan kaki je ikut laluan pejalan kaki. Since saya tak berapa gagah, ambil bas je la. Harga tiket bas pergi balik ialah €2.60. Boleh juga nak naik kereta kuda kalau teringin sangat. Harganya mahal sikitlah.

Hotel Muller Cafe

Masa tengah terhegeh-hegeh nak ke tempat tunggu bas naik ke istana tiba-tiba saya dengar orang bagi salam kuat sangat hahahha cepat je mulut jawab salam dan mata melilau mencari arah salam. Rupanya ada lelaki dalam kereta yang mengangkat tangan pada saya. Saya senyum dan angkat tangan juga. Mungkin dari Malaysia atau Indonesia berdasarkan rupa parasnya. Since sejak saya tiba di German ini kali pertama saya di sapa oleh orang Islam juga. Gembira sangat perasaan ye, bila kita tengah berada di tempat asing dan ada yang memberi salam kepada kita. Tak sempat berkenalan lanjut kerana dia berada di seberang jalan. 

tempat menunggu bas berlatar belakang Istana Hohenschwangau

Bas akan turunkan kita di hentian berhampiran dengan Marienbrucke (Jambatan Maria). Ikut je signboard dan orang ramai. Di jambatan ini kita akan dapt saksikan pemandangan indah Istana Neuschwanstein. Jangan haraplah kita je atas jambatan tu. Ramai ye. Pandai-pandailah nak cari port berposing. Jangan selfish dengan pengunjung lain nak posing kat situ 100 kali snap gambar.

signboard ke jambatan & istana
sejarah jambatan

Ni la jambatannya
Neuschewanstein Castle
jangan jelous!

Dari Marienbrucke, jalan kaki je ke arah Istana Neuschwanstein. Dalam perjalanan ke arah istana tu, kita akan dapat saksikan pemandangan yang sangat indah perkampungan Hohenschwangau. So, kaki bergambar jangan sesekali lepaskan peluang ambil gambar di sini.



Sampai di istana, masuk ke bahagian dalam dan tunggu di situ. Kemasukan bukan sesuka hati tau. Kita kena tunggu ikut masa yang tertera pada tiket. Kalau terlepas kira burn jelah tiket tu. 

masuk dari pintu ni
masing-masing menunggu turn ikut tiket 
sempat lagi posing before masuk

NOTA
Sekiranya masih ada masa yang panjang sebelum masuk ke istana, boleh jalan ke bawah sikit dan ada platform untuk bergambar berlatarbelakangkan istana.

Di istana ini, disediakan tour guidenya tersendiri yang akan bercerita tentang sejarah istana ini. Waktu yang kami pilih adalah waktu untuk tour guide berbahasa Inggeris. Masa yang diambil untuk tour adalah lebih kurang setengah jam. 

NOTA
Tidak dibenarkan ambil gambar di dalam istana ini. Jangan buat degil pulak, kena rampas tak tau.

Istana ini sangat-sangat cantik tau. Memang fairytales sangat! Berusia 130 tahun, cat, langsir, perabot adalah original dari zaman pembinaan istana ini. Masa kami tour di sini, dikhabarkan akan dibuat satu proses baik pulih yang pertama selepas pembinaannya. Korang bayangkan warna asal cat 130 tahun dulu masih terang. Warna emas yang digunakan masih bersinar. Langsir corak baroque masih cantik sepertimana digantung untuk kali pertama! Kisah raja yang membina istana ini juga agak pelik dan kematiannya masih misteri hingga kini. Nak tahu apa yang pelik, apa yang misteri? Korang kena pergi sendirilah ye. Anti-klimaks pula kalau saya cerita.



dapur istana. original ni tau dari mula istana ni bina
model istana

NOTA
Pastikan pakai kasut yang sesuai kerana banyak anak tangga yang dinaiki dan dituruni.

Ludwig II of Bavaria. Tuan punya asal istana ni

Keluar dari istana kami ingin ke Hohenschwangau Village semula untuk ke muzium. Dalam perjalanan turun kami singgah di satu stall depan sebuah restoren yang menjual doughnut ball. €2.50 untuk 3 biji. Jadilah untuk alas perut. 



Jalan depan lagi kami jumpa kawasan rehat. Ada beberapa gerai menjual cenderahati dan juga makanan. Maklumlah cuaca sejuk ni asyik lapar je saya. Beli pula pretzal yang merupakan makanan traditional negara German ni. €3.50 untuk satu pretzal. Harga istana tau. Kalau tempat lain murah sikit. Sambil tunggu pretzel siap, penjual pretzal siap beramah tamah dengan kami dan cuba meneka dari mana kami datang. 

perisa epal & almond

Siap makan kami ke tasik yang terletak dekat dengan muzium. Tenang sangat tasik yang dikenali sebagai Schwansee atau Swan Lake. Kelihatan angsa dan itik berenang-renang dalam tasik. Sudah biasa dengan pengunjung nampaknya. Boleh juga nak berjalan disekitar tasik. Kami malas. Duduk lepak ambik cahaya matahari dan enjoy permandangan dari tempat kami duduk je sebelum ke muzium.

tenang dan cantik sangat

Muzium ini menghimpunkan kisah raja-raja Bavaria khasnya yang menghuni Istana Hohenschwangau dan Istana Neuschewanstein. Banyak kisah menarik keluarga di raja Bavaria diceritakan di sini. Tapi beg tidak dibenarkan di bawa masuk tau. Kena simpan dalam locker yang disediakan. Ada bayaran locker €1 ke? Tak ingat pulak.


Dari Muzium kami terus menunggu bas untuk pulang semula ke Munich. Harapan hati ingin kejar keretapi 4.04 petang. Malangnya bas lambat sangat kami terlepas keretapi tu bersama ramai lagi orang lain. Jadi kena tunggu keretapi berikutnya yang akan datang sekitar 6.06 minit petang.

Kami buat keputusan untuk berjalan-jalan di pekan Fussen, instead of menunggu di stesen keretapi. Tak mampu nak tunggu sampai pukul 6, sejuk yang teramat. Bukan main sejuk angin musim luruh di sini. Pekan Fussen merupakan sebuah pekan yang kecil dan sangat indah, sangat romantik.








Kami pulang semula ke Munich menaiki keretapi pukul 6.06 minit petang. Tak lambat tak cepat ye keretapi di Eropah. Kalau kata 6.06 memang 6.06 lah dia akan gerak semula. Pastikan kita tepat waktu. Lagi awal lagi bagus. Kami tiba di Munich sekitar 8 malam dan bergegas pulang ke rumah untuk ambik beg-beg kami dan kejar bas untuk ke Ljubljana pula!

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites