Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Pine Tree Trail, Fraser Hill


Siapa yang datang ke Fraser Hill, Pahang, apa yang korang boleh buat selain bersantai di Little England ni, makan scones hangat sambil menghirup teh, korang juga boleh enjoy bird watching, atau pun jungle trekking di Pine Tree Trail.

Ini kali pertama saya join jungle trekking sebenarnya. Ye ke? Ye kot. Pengalaman sebelum ni pun naik Mount Bromo di Surabaya, Indonesia dan trekking Vintgar Gorge, Bled, Slovania. Siapa yang pernah pergi dua tempat ni mesti tahukan perjalanannya tak susah mana. Mount Bromo ada tangga lurus naik ke atas. Vintgar Gorge pula jalannya lurus je dan tak jauh pun.

Since yang pergi ni separuh darinya memang saya dah kenal, rasa cam nak la join. (camne aku boleh kena hasut dengan KJ ni entah ler). So, pagi-pagi kami berkumpul dekat dengan tempat masuk. Kesemuanya 21 orang dan 3 guide. Sarapan dulu, briefing, stretching serta bacaan doa sebelum mula gerak.

regang badan dulu
bacaan doa
sementara muka elok lagi, posing wajib dulu


sempadan pahang-selangor






Part yang di tunggu-tunggu ialah area ala rock climbing ni. Tau pulak ko nervous ye? Dah la gayat. Nak memanjat pulak. Tengok Mizah naik macam spiderwomen je.





Point paling penting berjaya naik sampai ke puncak ye. Syabaslah diri sendiri dengan kawan-kawan yang lain. Total perjalanan dari mula sampai ke atas ni lebih kurang 4 jam.

bagi muka kekwat

Apa yang kami buat kat atas puncak tu selain menggigil kesejukan? Perghhh memang sejuk wey. Mujur pakai heat tech. Angin dia bukan sepoi bahasa ye. Memang kuat. Memang teringat masa dekat Haarlem je.

Kat atas ni kami rehat, makan dan minum. Solat mana yang boleh solat. Masing-masing cari port yang kurang angin je dah kat atas ni. Saya dah sampai tahap makan tepi tong sampah aje dah. Tak percaya kat atas ni ada tong sampah? 

nampak tak yang plastik hitam tu?
tong sampah ada dua kaki hahahaha
cakk! #itsofanie

Perjalanan balik lagi slow dari pergi. Maybe ramai yang dah kepenatan sangat. Dengan trek yang dah lecak, cuaca sejuk dan hari mulai gelap. 

Sepanjang jalan pergi dan balik kepala duk pikir, macam mana la aku boleh join orang ni semua? Kenapalah senang sangat kena hasut? Nape aku cari penyakit? Apalah yang aku buat kat sini? Tapi perjalanan balik memang most of the time fikir nak keluar dengan selamat dan tak nak susahkan sesiapa je.

Part agak nervous masa dalam perjalanan keluar sebab dah malam, Mizah kat depan saya suluh jalan, tiba-tiba dengar macam bunyi benda melangkah ke arah kami dari tepi. Mizah dah undur ke belakang haruslah saya pun undur jugak. Mujur bunyi angin je. Pheww hakak nervous okey.

Finally keluar pukul 9.30 malam lebih kurang. 12 jam uols dalam hutan! Gigih cari penyakit. Tapi, dapat satu pengalaman baru, belajar perkara baru dan tahu tahap stamina dan fitness diri sendiri. It's a good start for 2017.

By the way, terima kasih sangat pada KJ, Memey, Mizah, Mazira, Didie, Anep, Huda, Zul, Farah, Ain, ayah KJ yang banyak bagi tips dan semua yang join trip ni.

NOTA UNTUK YANG BARU NAK CUBA HIKING/JUNGLE TREKKING

1) Bersenam untuk stamina dan fitness (MANDATORI)

2) Pakai kasut yang bersuaian (MANDATORI).

3) Pakai pakaian yang bersesuaian.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites