Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

English Tea




Once a while saya suka kalau dapat pergi ke Fraser's Hill. Kenapa? Tempatnya sunyi, nyaman dan sejuk. Boleh tenang perasaan bila berada di Fraser Hill. Tapi kali ni saya naik ke Fraser's Hill bukan untuk jalan-jalan tapi untuk menikmati scone dan english tea. Haaa ni semua Faiz Dickie punya pasal. Duk skodeng IG dia lepas tu nampak dia tanya pada #villagepeople mana nak cari scone yang sedap.   

Fraser's Hill dari tempat saya cuma memakan masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Kalau ikut kilometer tak la jauh sangat. Tapi sebabkan perjalanan yang bagai ular kena palu tu yang buat perjalanan jadi lambat. Kalau dari Kuala Lumpur kena susur masuk ke Bentong dulu atau pun boleh ikut Kuala Kubu. Kalau perjalanan dari sebelah Kuantan kena susur masuk ke Bentong terlebih dahulu.  

Berada di Fraser's Hill bagaikan berada di luar negara. Sudahlah suasana nyaman dan sejuk, bangunan-bangunannya bercirikan era kolonial. 




alone
empty

Perkara pertama yang akan kita nampak apabila sampai ke Fraser's Hill adalah menara jam, yang merupakan mercu tanda Fraser's Hill. Oleh kerana sudah kerapkali saya ke Fraser's Hill kali ini saya tidak mengambil gambar yang banyak. Fokus saya, scone!

Dari area menara jam kita terus sahaja menuju ke The Old Smokehouse , bila jumpa simpang tiga ambil ke kiri dan kita akan melalui satu taman permainan. Terus lagi sikit akan nampak papan tanda kecil menunjukkan arah susur ke kanan untuk ke The Old Smokehouse. The Old Smokehouse merupakan tempat penginapan dan juga cafe yang berciri inggeris.  





Di sini, selain boleh bermalam, kita juga boleh menikmati western food serta english tea. Range untuk english tea set bermula dari RM28. Oleh kerana hujan ketika saya sampai, hajat nak feeling minum teh sambil duduk menikmati pemandangan luar terpaksa di batalkan. 


tempat yang best sumer dah ada orang. duduk aje la kat sini
yezzaaa...scone yang gebu gebas ready untuk di santap

Hujan dan juga teh panas serta scone memang pasangan secocok. Minum pula dalam restoren berciri inggeris. Cuma pilihan teh sedikit terhad. Sconenya memang dihidang panas dari dapur. Lembut dan gebu. Tak mudah pecah berterabur (tidak seperti pengalaman saya makan di The Old Smokehouse Cameron Highland). Dimakan bersama jem dan krim. Ahhh... heaven!

Selesai menikmati scone hujan pun berhenti. Apalagi, its time untuk ambil bergambar. Sempat juga la berangan kalau nak buat rumah sendiri nanti nak buat ala english countyside macam ni. 


berkenan sungguh design countryside
feeling oversea gitu
is this fairytales or what?

Pendapat saya selepas menikmati english tea di The Old Smoke House (TOSH) Fraser's Hill?


Pro

i)Scone lembut gebu gebas tak mudah pecah berterabur
ii)Staff very helpfull
iii)Ada wifi, line telefon teruk sangat


Con

1)Kurang pilihan untuk teh berbanding TOSH Cameron Highland, almaklumlah Cameron Highland ada ladang teh 
2)Parking sangat terhad








   

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites